Berita Kematian Adun Telok Pasu Palsu

Berita Kematian Adun Telok Pasu Palsu

adun-teluk-pasu

KUALA TERENGGANU: Berita yang tersebar di laman sosial berhubung kematian Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Telok Pasu daripada PAS, Ridzuan Hashim, pada Sabtu adalah palsu.

Pembantu peribadi Ridzuan, Mohd Hanafiah Abu Bakar ketika dihubungi memaklumkan bahawa Ridzuan dilaporkan stabil dan ditahan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini sejak petangJumaat setelah disyaki menghidap demam denggi.

Menurutnya anggota keluarga Ridzuan turut kesal dengan penyebaran berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan sekeping foto Ridzuan ketika menerima rawatan di HSNZ dan menyebarkan berita kononnya Adun itu meninggal dunia pada pukul 2.45 petang Sabtu.

Laman sosial Facebook ‘Ustaz Ridzuan Hashim Official’ turut menafikan penyebaran berita palsu mengenai status kesihatan Ridzuan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bersatu pecat dua ADUN, gantung tujuh wakil rakyat: Implikasi besar terhadap dinamika PN

‘Bomoh’ muda mengaku salah lakukan amang seksual

Ahmad Said berundur demi pembaharuan UMNO Terengganu

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami