Pembawaan Penyakit Kusta Di Kalangan Pendatang Asing Membimbangkan - Dr Hilmi

Pembawaan Penyakit Kusta Di Kalangan Pendatang Asing Membimbangkan – Dr Hilmi

pendatang-rohingya-langkawi

Pembawaan penyakit kusta dalam kalangan pendatang asing memberikan kebimbangan terhadap wabak penyakit berkenaan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata penyakit kusta dalam kalangan pendatang asing mula dikenal pasti pihak kementerian sejak tiga tahun lepas.

“Ia merupakan masalah kepada kita. Walaupun bilangannya tidak banyak, ia amat membimbangkan kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘I Want Sihat’ di Masjid Kampung Perlis di sini hari ini.

Program itu sempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2015 peringkat negeri yang bertemakan ‘akanan Selamat – Dari Ladang ke Pinggan’.

Beliau berkata selain kusta, penyakit tibi dan HIV merupakan antara penyakit yang begitu serius dibawa oleh pendatang asing.

Dr Hilmi berkata tiada penyakit kusta dialami dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Mengenai program itu, beliau berkata aspek keselamatan makanan perlu diberi perhatian kerana makanan yang tidak selamat boleh menyumbang kepada kematian.

“Pelbagai punca pencemaran perlu dikawal di sepanjang rantaian bekalan makanan yang bermula dari pengeluaran bahan mentah hingga peringkat penghidangan,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Solidariti Rohingya bukan bermaksud buka pintu Malaysia kepada pelarian

Permintaan IC palsu meningkat, dijual sehingga RM5,000

Imigresen Sabah hantar pulang 180 pendatang Filipina ke negara asal

Dua warga Rohingya bergilir rogol pelajar sekolah dalam kereta

[Video] Mayat Pati bergelimpangan atas lebuh raya – Saksi

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami