BERITAMayat wanita Indonesia ditemui bawah jambatan Brickfields

Mayat wanita Indonesia ditemui bawah jambatan Brickfields

mayat-wanita-indonesia-brickfields

Mayat seorang wanita warga Indonesia yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Klang berhampiran kawasan Little India, Brickfields petang semalam, ditemui sebentar tadi.

Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata mayat wanita itu ditemui pada jam 12.30 tengahari tadi oleh anggota penyelamat di bawah jambatan Brickfields.

“Pihak kami mendapat maklumat daripada anggota polis yang terlihat mayat sebelum anggota penyelamat bomba menjalankan pemeriksaan.

“Seorang lagi mangsa masih belum ditemui dan operasi masih terus dijalankan,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.55 petang semalam, empat wanita warga Indonesia bertindak terjun ke dalam Sungai Klang selepas melarikan diri daripada dua lelaki yang mengejar mereka.

Dua daripada mangsa kemudian berjaya diselamatkan orang awam tetapi dua lagi hilang dihanyutkan arus.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami