Peguam Negara kemuka rayuan persempadanan semula kawasan pilihan raya Sarawak – SPR - pakdin.my

spr-aziz-persempadanan

Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuching hari ini berhubung arahan semakan semula persempadanan bahagian pilihan raya negeri Sarawak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

“Saya difahamkan Pejabat Peguam Negara sudah membuat rayuan pagi tadi tapi SPR belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenainya,” katanya kepada Bernama di sini.

Proses kajian semula persempadanan mengambil masa kira-kira enam bulan sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan pindaan Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak untuk pertambahan bilangan kerusi DUN daripada 71 kepada 82.

Pada 15 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Yew Jen Kie mengarahkan SPR agar mengeluarkan semula notis tentang persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak dengan mematuhi peruntukan dalam Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana hakim mendapati terdapat kekurangan maklumat penting dalam notis bertarikh 5 Januari bagi orang ramai yang terlibat untuk membuat keputusan.

Berikutan keputusan mahkamah itu, SPR diarah mengadakan semula persempadanan kawasan pilihan raya itu.

UTAMABERITAPeguam Negara kemuka rayuan persempadanan semula kawasan pilihan raya Sarawak - SPR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium