BERITA1MDBRakyat Tentukan Kedudukan PM - Nik Abduh

Rakyat Tentukan Kedudukan PM – Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan hanya rakyat sahaja boleh menentukan kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin No.1 negara.

“PM sudah dipilih secara demokrasi maka kalau dia nak turun atau kekal, biar rakyat tentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad yang menggesa Najib untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

Khalid berkata, langkah tersebut perlu dilakukan bagi membuktikan sama ada rakyat masih yakin dan menyokong pentadbiran beliau susulan krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyelubunginya.

Menurut Khalid lagi, tindakan tersebut merupakan jalan terbaik untuk menghentikan serangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap beliau.

Nik Mohamad Abduh turut menyokong pendirian Khalid dan menyifatkan ia sebagai pilihan yang boleh dipertimbangkan Perdana Menteri.

“Saya terima pandangan Shah Alam. Ia satu pilihan kepada PM,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Peguam Dakwa Bekas CEO 1MDB Mengaku Kelirukan Mahkamah dan Reka Minit Mesyuarat Bersama Jho Low

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami