Tuesday, October 8, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Kelemahan Siasatan Faktor Suami Eksekutif TV9 Dibebaskan Kerana Membunuh - pakdin.my

norazman-kes-bunuh-isteri-tv9

Kelemahan siasatan dan kegagalan pakar perubatan forensik mengesahkan sama ada eksekutif pentadbiran TV9 Nur Syaleza Jaffar dijerut sampai mati atau menggantung dirinya adalah faktor utama yang membawa kepada pembebasan suami wanita itu daripada tuduhan membunuhnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman berkata dalam kes yang bergantung kepada keterangan mengikut keadaan, keterangan Pakar Forensik Patalogi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor adalah amat penting dalam mencari punca sebenar kematian Nur Syaleza.

“Dalam keterangannya, SP6 (saksi keenam pendakwaan) (Dr Shahidan) sebagai doktor pakar sendiri tidak dapat kemuka dengan jelas sama ada mangsa gantung diri atau dijerut sampai mati. Sebagai doktor pakar berpengalaman luas, keterangan beliau amat diharapkan dapat membantu mahkamah namun beliau sendiri hadapi kesukaran dalam mencari jawapan dan kesemua keterangannya berakhir dengan ‘kemungkinan’ serta ‘boleh diterima pakai’.

“Oleh itu, dalam keadaan seperti itu di mana pelbagai kemungkinan boleh diberikan, undang-undang menetapkan bahawa inferens yang memihak kepada tertuduh hendaklah diterima,” katanya ketika membacakan penghakiman bertulis sepanjang tempoh sejam setengah.

Abdul Halim memutuskan untuk melepas dan membebaskan suami mangsa, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 34, daripada tuduhan membunuh wanita itu selepas berpuas hati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Norazman Bashah didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.

Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Seterusnya, Abdul Halim berkata kekuatan kes juga bergantung kepada siasatan dan bagi kes itu, beliau mendapati siasatan yang dijalankan pegawai penyiasat serta pihak forensik tidak terperinci, tidak meluas serta terdapat kelemahan.

“Dalam kes ini, pihak polis forensik antaranya gagal siasat kewujudan bangku kecil yang patah di tempat kejadian. Apakah kaitannya dengan insiden, bagaimana ia patah dan adakah ia digunakan sebagai senjata untuk serang mangsa atau adakah bangku itu digunakan untuk mangsa berdiri ketika gantung diri tidak disiasat.

“Selain itu, pegawai penyiasat gagal siasat isu kemurungan mangsa seperti menemu bual keluarga dan rakan-rakan rapat mangsa.

“Oleh kerana isu kemurungan disebar meluas di media mengenai status terakhir telefon blackberry milik mangsa tertulis “sabarlah duhai hati”, kegagalan menyiasat perkara itu menimbulkan persoalan walaupun pihak polis telah merampas telefon bimbit itu selain gagal menyiasat kandungan telefon bimbit mangsa,” katanya.

Selain siasatan, Abdul Halim berkata pembuktian motif pembunuhan juga amat penting dalam kes yang bergantung kepada keterangan ikut keadaan.

Dalam kes ini, katanya, Norazman Bashah bukan suami yang baik serta mengakui berlaku curang terhadap Nur Syaleza, malah keterangan menunjukkan mereka sering bergaduh dan perubahan sikap wanita itu berpunca daripada kecurangan suaminya itu.

“Bagaimanapun motif membunuh tidak dibuktikan (dalam kes ini) dan tiada keterangan dikemukakan untuk membawa kepada motif yang memungkinkan untuk sabitkan tertuduh. Pihak pendakwaan mendakwa hubungan sulit tertuduh dengan wanita bernama Haslinda adalah motif kepada pembunuhan Nur Syaleza.

“Sungguhpun kewujudan Haslinda dijadikan motif untuk membunuh, perlu diingat hubungan sulit berlaku telah lama iaitu sekitar 2009, dua tahun sebelum kejadian.

“Tiada keterangan juga ditampilkan untuk menunjukkan tertuduh masih berhubung dengan Haslinda semasa kejadian. Oleh itu, ia gagal menjurus kepada motif pembunuhan disebabkan kewujudan Haslinda dan berdasarkan keterangan, tidak dapat dilihat apakan faedah diperoleh tertuduh dengan membunuh mangsa,” katanya.

Menyifatkan kes ini amat pilu dan menyedihkan, Abdul Halim berkat kecurangan Norazman Bashah telah meruntuhkan kebahagiaan rumahtangga yang dibina pada 26 Okt 2008 atas dasar cinta dan perkara ini diakui oleh lelaki itu sendiri.

Hakim itu berkata sepanjang perkahwinan dengan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Nur Syaleza tetap bersabar dan memendam perasaan malah membantu suaminya dalam kewangan berikutan pendapatan Norazman Bashah berjumlah RM3,000 sebulan tidak mencukupi.

“Nur Syaleza sanggup berkorban masa, wang ringgit semata-mata kasih terhadap suami. Bagaimanapun, kesabaran yang dipertahankan selama ini, kasih yang dipupuk, kesetiaan dan ketaatan dicurahkan wanita ini ibarat ‘panas diharap sampai ke petang tetapi hujan di tengah hari’.

“Dugaan mangsa sangat berat akibat perbuatan suaminya… isteri mana yang tidak remuk hati dan perasaan akibat kecurangan suami dan faktor kemurungan ini adalah punca mangsa membunuh diri.

“Apapun, nasi sudah jadi bubur, penyesalan oleh tertuduh jika ada tidak dapat kembalikan nyawa mangsa…tertuduh telah musnahkan segalanya sehingga kesabaran isterinya tidak dapat dibendung sehingga membawa kepada kemurungan yang tidak boleh dibendung lagi. Justeru itu, jalan pintas diambil (dengan membunuh diri),” katanya.

Sebanyak 24 saksi pendakwaan, seorang saksi pembelaan dan 63 barang kes dikemukakan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar dan T Deepa Nair manakala Norazman Bashah diwakili peguam Muhammad Fadhli Mat Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan.

Rosidah ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir memberitahu pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan.

[VIDEO] Banjir Chiang Mai makin buruk, gajah mati dihanyutkan air

Banjir teruk melanda Chiang Mai ketika air di Sungai Ping meningkat kepada rekod 5.3 meter semalam 5 Oktober 2024, manakala dua ekor gajah yang dihanyutkan dari sebuah taman perlindungan haiwan ditemui mati

[VIDEO] Tanah runtuh berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi 5 Oktober 2024.

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

[VIDEO] Tiga individu cedera akibat diserang memerang di Kota Kinabalu

Dua wanita masing-masing berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan memerang semasa melakukan aktiviti rekreasi di Tanjung Aru Perdana Park pada 11 September 2024..

[VIDEO] Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

[VIDEO] Banjir Chiang Mai makin buruk, gajah mati dihanyutkan air

Banjir teruk melanda Chiang Mai ketika air di Sungai Ping meningkat kepada rekod 5.3 meter semalam 5 Oktober 2024, manakala dua ekor gajah yang dihanyutkan dari sebuah taman perlindungan haiwan ditemui mati

[VIDEO] Pahang negeri ketiga isytihar amalan GISBH sesat, menyeleweng

Pahang merupakan negeri ketiga selepas Perlis dan Selangor mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang dikaitkan dengan kegiatan doktrin ketaasuban agama sebagai menyeleweng dan sesat.

[VIDEO] Tanah runtuh berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi 5 Oktober 2024.

Thailand akan menerapkan sistem tanpa tunai pada tahun 2028, mendahului ASEAN dalam penggunaan pembayaran masa nyata

Thailand bersedia untuk beralih kepada masyarakat tanpa tunai dengan lebih pantas berbanding rakan serantaunya, didorong oleh penerimaan dan transformasi digital negara yang pesat, seperti dalam tinjauan Visa.

‘Seolah-olah kami tidak wujud’: Di sebalik letupan bom di Lubnan, rakyat Amerika berasa dipinggirkan

Karam, seorang warganegara Amerika yang terkandas di Lubnan, berkata dia berasa seolah-olah dia tidak dipedulikan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Pheu Thai memenangi pilihan raya kecil Phitsanulok

Jadet Jantar dari Parti Pheu Thai teras gabungan memenangi pilihan raya kecil di kawasan 1 pada Ahad 15 September 2024, menewaskan satu-satunya lawannya, Nathachanon Chanaburanasak dari People Party.

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah akhirnya menamatkan kemarau penantian kejuaraan dua tahun selepas mendominasi perlawanan final Terbuka Hong Kong selepas menundukkan wakil China Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 21-14, 21-14, sebentar tadi.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: