UtamaNASIONAL"Saya Gali Kubur Kawan...

"Saya Gali Kubur Kawan Saya", Kata Mangsa Kem Transit Di Wang Kelian - pakdin.my

pendatang-asing-kubur-wang-burma

“Walaupun sudah lebih setahun, tetapi bagi saya ia seperti baru berlaku semalam apabila saya menggali kubur, memandikan dan mengebumikan jenazahnya,” kata Mohamad Toha Naziullah, mangsa kem transit pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma, Wang Kelian dekat sini, tentang rakan karibnya.

Pemuda Rohingya berusia 23 tahun itu masih teringatkan nasib yang menimpa rakannya dikenali sebagai Yunus yang menjadi mangsa kepada kekejaman pengawal-pengawal di kem transit terbabit.

“Saya dan Yunus ditempatkan dalam kandang yang sama dan disebabkan umur kami yang hampir sama, kami rapat dan berjanji untuk menjaga satu sama lain daripada apa-apa bahaya ketika ditahan di kem itu,” katanya dalam temuramah eksklusif hari ini.

Namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa, apabila suatu hari pengawal kem menarik rakannya keluar daripada kandang tahanan dan meminta bayaran sebanyak RM8,000 sebagai syarat membebaskannya ke Malaysia.

Yunus menurut Mohamad Toha telah memberitahu pengawal kem transit terbabit beliau telah menjelaskan RM5,500 kepada ejen sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar, yang berjanji untuk membawanya ke Malaysia.

“Yunus beritahu dia tiada duit, selepas menjual tanah dan rumah bagi mengumpul RM5,500 yang dikehendaki oleh ejen, tetapi alasannya tidak diterima oleh pengawal terbabit yang berang,” katanya.

Disebabkan jawapan itu yang tidak memuaskan hati, Yunus telah dipukul dengan teruk tanpa sebarang belas kasihan oleh kira-kira lima pengawal kem transit itu menggunakan batang kayu dan besi, katanya.

Akibat dipukul dengan teruk oleh pengawal terbabit, rakannya itu menurut Mohamad Toha, tidak lagi mampu bergerak atau makan dan hanya terbaring bersebelahannya di dalam kandang tahanan.

“Beliau tidak lagi boleh bercakap atau bergerak dan hanya terbaring. Matanya hanya merenung kosong. Saya menjaganya siang dan malam, tetapi beberapa hari sebelum meninggal, dia kerap meracau dan badannya sering mengigil.

“Saya sangat sedih melihat keadaan beliau dan pada hari ketiga atau keempat selepas dipukul, Yunus menghembuskan nafas terakhir di dalam kandang tahanan di sebelah saya,” katanya.

Mohamad Toha berkata beliau diarahkan oleh pengawal kem bersama-sama beberapa tahanan yang lain untuk memandikan jenazah Yunus dan mengkafankannya menggunakan kain putih yang diberikan.

Ketika dimandikan, katanya kelihatan luka dan bengkak di serata tubuh Yunus akibat kesan pukulan diterimanya daripada pengawal-pengawal kem beberapa hari sebelum itu.

“Selesai memandikan Yunus, dengan menggunakan cangkul saya dan tahanan lain menggali kubur berhampiran kandang tahanan dan mengebumikannya. Kami sempat menyedekahkan bacaan Yassin, Al-Fatihah dan beberapa surah lain. Ia ucapan selamat tinggal terakhir kepada Yunus, ” katanya.

Sepanjang dua bulan ditahan di kem transit Wang Kelian itu, Mohamad Toha berkata, beliau telah menggali dan menguburkan sembilan jenazah tahanan yang meninggal dunia, sama ada disebabkan penyakit atau dipukul oleh pengawal.

Bagaimanapun jenazah-jenazah itu dikebumi dengan hanya berseluar pendek dan tanpa dimandikan terlebih dahulu atas arahan pengawal kem, berbeza dengan jenazah Yunus yang lengkap dikafan dan dimandi, katanya.

Pada suatu hari, Mohamad Toha bersama beberapa lain termasuk Nurul Amin Nobi Hussein yang ditemuramah Bernama semalam, telah melarikan diri daripada kem transit terbabit.

Sementara seorang lagi pendatang Rohingya yang menjadi tahanan di kem transit pemerdagangan manusia di Padang Besar, Thailand, Jahedul Islam Abu Tahir, 25, pula berkata beliau pernah mengebumikan tujuh jenazah tahanan lelaki di dalam satu liang lahad.

“Ketujuh-tujuh mereka dipukul dengan kejam dengan belakang pistol, batang kayu dan besi kerana gagal membayar wang sebagaimana diminta oleh ejen-ejen terdiri daripada bangsa Rohingya sendiri,” katanya.

Ditahan selama lebih dua bulan tahun lepas, katanya, ketujuh-tujuh tahanan berumur antara 20 hingga 30-an itu dibunuh atas arahan tiga ejen sindiket, katanya.

Ketiga-tiga ejen terbabit berada di kem transit itu ketika ketujuh-tujuh mereka dipukul hingga mati, katanya.

Menurut Jahedul Islam, beliau merupakan seorang daripada tahanan kem yang diarahkan oleh pengawal untuk menggali kubur besar bagi menempatkan ketujuh-tujuh mangsa perlakuan kejam itu.

Tidak lama selepas peristiwa menyayat hati itu, beliau bersama beberapa yang lain berjaya melarikan diri daripada kem transit itu.

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU