UtamaNASIONALBORNEOMasyarakat Dayak Sambut Gawai...

Masyarakat Dayak Sambut Gawai Dengan Harapan Gayu Guru Gerai Nyamai - pakdin.my

selamat-hari-gawai

Di Bumi Kenyalang ini tidak kurang 40 sub-etnik bernaung dengan mereka menjunjung bahasa, warisan budaya, nilai serta cara hidup masing-masing.

Lebih 60 peratus daripada penduduk bumi kenyalang itu adalah daripada masyarakat Dayak, yang turut mewakili kumpulan etnik seperti Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Orang Ulu dan yang lain.

Di sebalik perbezaan yang wujud, kesemua mereka sepakat dalam meraikan Gawai Dayak pada 1 Jun setiap tahun.

SEJARAH

Menyingkap sejarah sambutan Gawai, pada tahun 1962 British yang enggan mengiktiraf satu hari perayaan khusus buat kaum Dayak sebaliknya mengambil ketetapan menjadikan 1 Jun sebagai Hari Sarawak untuk diraikan oleh seluruh penduduknya.

Namun pasca pembentukan Malaysia 1965, tarikh sambutan hari Sarawak itu diisytihar sebagai Hari Gawai khusus untuk diraikan oleh kaum Dayak.

Secara sambutan umumnya, Gawai adalah waktu untuk anak-anak Sarawak yang merantau jauh terutama dari rumah-rumah panjang, kediaman unik yang menjadi warisan Dayak, yang berselerak di pedalaman. Hari gawai memberikan mereka peluang untuk pulang menghidupkan kembali nostalgia silam sambutan pesta musim menuai.

selamat hari gawai 4

RUMAH-RUMAH PANJANG

Arthur C.Bangki, 35, pekerja telaga minyak di pesisir pantai Sarawak berkata setiap kali tiba sambutan Gawai, beliau akan kembali ke kampung halamannya di Nanga Machan, Kanowit, kira-kira 420 km dari sini.

“Saya dari kaum Iban, bangga dengan etnik saya. Gawai satu-satunya pesta yang dikongsi bersama oleh banyak etnik. Walaupun daripada segi amalan sambutan yang diwarisi mungkin berbeza antara satu sama lain, namun semua etnik ini bersepakat untuk meraikan 1 Jun sebagai hari istimewa dalam menghayati perpaduan Dayak di Sarawak,” katanya.

Arthur berkata Gawai bermaksud sambutan atau pesta yang secara umumnya disambut bagi menandakan musim menuai sudah sampai ke penghujung dan bermulanya musim baru.

Selain Gawai Dayak yang diketahui ramai sebagai Pesta Menuai, terdapat pelbagai rencam upacara kebudayaan dan tradisional yang menjadi sebahagian daripada adat resam kaum Iban, seperti Gawai Kenyalang, Gawai Batu, Gawai Antu, Gawai Bersimpan, Gawai Padi dan banyak lagi.

Pesta menuai melabuhkan tirainya dengan acara “Ngiling bidai” (gulung tikar) menjelang minggu kedua atau ketiga bulan Jun dan Arthur sentiasa bersedia untuk menceritakan upacara-upacara gawai itu satu persatu kepada mereka yang berminat.

Sambutan gawai sentiasa dipenuhi dengan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diwarisi dari generasi ke generasi, disulami dengan unsur-unsur mistikal dan pastinya paling meriah ia disambut di rumah-rumah panjang, semasa semua sanak saudara jauh dan dekat berhimpun.

Biasanya sambutan perayaan tidak pernah terhenti sehingga keesokkan harinya, apa lagi apabila ada sesetengah rumah panjang itu menempatkan sehingga 30 keluarga.

selamat hari gawai 3 600px

PELAWAT

Bagi pelawat asing pula inilah masa paling sesuai untuk menjejakkan kaki ke Sarawak semasa semua pejabat ditutup, kemeriahan terasa di setiap sudut dari kawasan pedalaman sehingga ke ke kota. Malah ada beberapa syarikat pelancongan menawarkan pakej pelancongan yang memberikan akses kepada para pelawat merasai sendiri pengalaman menyambut Gawai di rumah-rumah panjang, berhampiran dengan bandar.

Dalam tempoh ini terminal-terminal bot di Sibu, Kanowit, Song dan Kapit, di bahagian tengah Sarawak menyaksikan kesesakan kerana orangramai pulang ke kampung halaman menaiki pelbagai jenis bot, dari bot laju, bot ekspress bot panjang, yang menghiasi lagi suasana gawai.

Setiap tahun menjelang ketibaan minggu sambutan Gawai, dianggarkan 15,000 orang menggunakan perkhidmatan bot ekspress untuk pulang ke kampung memandangkan ia kaedah pengangkutan penting di Sungai Rajang ini.

Hakikatnya tidak semua penduduk peribumi Sarawak yang masih tinggal di rumah-rumah panjang, atau sentiasa memakai pakaian tradisional serta perhiasan tradisi atau dilengkapi dengan parang ilang setiap kali tiba sambutan Gawai.

Ada juga ramai di kalangan kaum Dayak ini yang memilih untuk berpindah, bekerja dan tinggal di bandar-bandar besar. Mereka inilah yang menjadi wargakota yang menghidupkan bandar-bandar semasa sambutan Gawai.

Golongan bandar ini biasanya membanjiri kawasan Tebingan Sungai Kuching misalnya, atau beramai-ramai ke Kampung Budaya Sarawak untuk menyaksikan persembahan eksklusif sambutan Gawai dan sebagainya.

Tuai rumah (ketua rumah) John Lalong berkata rumah panjangnya di Jalan Teku di Sibu sentiasa terbuka kepada orang ramai semasa sambutan Gawai, tanpa mengira kaum atau agama.

selamat hari gawai 2

SENSITIVITI

Pastinya dalam menjaga sensitiviti ramai, beliau dan “anak biaknya” (pengikutnya) tidak pernah lupa untuk menyediakan makanan yang dijamin halal buat tetamu.

“Sesetengah kami ada menantu daripada kaum Muslim atau Cina, dan ada yang mempunyai pertalian saudara dengan mereka. Kami faham, dan sejujurnya menghormati sensitiviti mereka,” katanya.

Bagi sesetengah Dayak Kristian pula, mereka berhimpun di gereja-gereja, saling mengunjungi sanak saudara dan yang penting mengambil peluang di waktu cuti ini untuk bersama dengan keluarga.

Ucapan penting di waktu ini, biar siapa sahaja yang ditemui di bumi Kenyalang ketika sambutan ini ialah “Gayu Guru Gerai Nyamai” – bahasa Iban yang bermaksud “Selamat sejahtera, semoga panjang umur, dan sihat selalu”.

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU