UtamaNASIONALSebab Saiful tarik saman...

Sebab Saiful tarik saman RM50 juta terhadap Anwar - pakdin.my

MOHD. SAIFUL ditemani Zamri Idrus semasa mengadakan sidang media khas menyangkal kenyataan bapa beliau di pejabat peguamnya.

Keputusan Mohd Saiful Bukhari Azlan menarik saman beliau terhadap bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dipergunakan barisan peguam PKR yang mewakili Anwar dalam kes itu.

Apa tidaknya, Latheefa Koya dengan pantas berkata bahawa hakikat yang Saiful menarik balik tindakannya itu, lebih membuktikan Anwar sebenarnya tidak bersalah atas tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya itu pada 2008.

Saiful bagaimanapun tampil menyenaraikan alasan tindakan beliau itu menerusi coretan di laman blog beliau dengan tajuk, ‘Terus ke hadapan’.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya dengan ini ingin mengesahkan bahawa saya tidak lagi bercadang untuk meneruskan saman dan tuntutan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang saya telah failkan pada bulan Jun 2014 yang lalu.

Ingin saya tegaskan bahawa keputusan saya ini tidak bermakna saya menarik balik segala kandungan di dalam laporan polis yang saya buat ke atas DSAI pada 2008.

Perkara ini dibuat atas beberapa sebab;

Pertama,

Saya ada kes dan hujah yang kukuh untuk saman ini, namun proses perundangan kadang kala mengambil masa yang amat panjang untuk sampai ke peringkat Mahkamah tertinggi negara. Saya tidak berkeupayaan untuk membiayai kos guaman yang tinggi sehingga ke peringkat itu.

Perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik Mahkamah. Cukuplah 7 tahun saya melalui proses perundangan turun naik Mahkamah untuk membukti kebenaran laporan polis yang saya buat pada tahun 2008. Saya mahu terus kehadapan.

Kedua,

Laporan polis yang saya buat berkenaan saya diliwat Anwar telah pun dibuktikan BENAR apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April 2014 yang mendapati bahawa beliau bersalah meliwat saya, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.

Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa saya adalah seorang saksi yang kredibel, boleh dipercayai dan berkata benar.

Ketiga,

Saya seboleh-bolehnya tidak mahu proses perbicaraan sivil ini sekiranya berlangsung, dieskploitasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Sekian kenyataan saya.

Terus Istiqamah,

SAIFUL BUKHARI AZLAN

p/s: Untuk makluman, perkara menarik balik writ saman ini juga pernah dilakukan oleh defendan di mana beliau menarik balik writ saman terhadap saya pada tahun 2012 “Anwar tarik balik saman terhadap Saiful” http://www.malaysiakini.com/news/208677 .
Saman tersebut difailkan setelah saya buat laporan polis pada 2008, ia memakan masa 4 tahun sebelum ianya ditarik balik.


Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...