BERITA1MDB1MDB: Menteri Perlu Letak Jawatan Jika Tak Setuju Dengan PM -...

1MDB: Menteri Perlu Letak Jawatan Jika Tak Setuju Dengan PM – Zahid Hamidi

1mdb-zahid-hamidi

Anggota Kabinet yang hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya meletakkan jawatan mereka dan tidak perlu menunggu sehingga dipecat, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, sebagai anggota Kabinet, ia menjadi satu “kewajipan” bagi menteri-menteri untuk bersetuju dengan perdana menteri terhadap setiap keputusan yang dibuat.

“Kuasa untuk melantik anggota Kabinet adalah milik mutlak perdana menteri. Jadi, ia adalah kuasa untuk memecat anggota Kabinet.

“Jika ada menteri-menteri yang hilang kepercayaan dengan perdana menteri, atau mempersoalkan keputusannya, lebih-lebih lagi bila mereka membuat kenyataan terbuka, perkara yang sebaik-baiknya ialah mereka meletakkan jawatan.

“Saya tidak fikir mereka mahu menunggu sehingga perdana menteri memecat mereka,” kata Ahmad Zahid pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dilaporkan, Najib mengeluarkan ‘kata dua’ kepada menteri-menteri Kabinet supaya meletakkan jawatan sekiranya tidak menyokong dengan beliau berhubung usaha pemulihan 1MDB.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] UMNO dan Isyarat Pilihan Raya Awal: Antara Mandat Baharu dan Realiti Politik Semasa

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami