Dewan Ulama PAS: Cina DAP rata-rata Kristian, lawan hukum Allah - pakdin.my

nik-zawawi-dewan-ulama-pas

Timbalan ketua Dewan Ulama PAS Dr Nik Mohd Zawawi Salleh berkata para ahli Cina DAP yang rata-rata penganut Kristian merupakan punca kenapa tahaluf siyasi tidak lagi mampu dipertahankan.

Dewan Ulama PAS kelmarin “menyalahkan Cina Kristian sebagai kumpulan yang melakukan penentangan terhadap usaha parti itu mempertahankan kesucian Islam dan melaksanakan hukum hudud”, mengikut laporan IsmaWeb bertajuk ‘Cina Kristian penentang Islam, hudud, kata Dewan Ulama PAS‘.

UBAH: Kristian ‘lahir semula’ DAP

Berucap pada pembukaan muktamar Dewan Ulama PAS di Gombak, beliau berkata masyarakat Cina yang dahulunya menganuti agama Buddha sekarang cukup ghairah berpaling kepercayaan mereka kepada ajaran Kristian. Kata Ustaz Zawawi, “Berlaku perubahan baru dalam suasana politik di Malaysia apabila masyarakat Cina yang dahulunya penganut Buddha menukar agama mereka kepada Kristian”.

Kristian musuh Islam zaman menzaman

“Perubahan tersebut mula menyaksikan pertembungan antara PAS dan parti bukan Islam yang rata-ratanya penganut Kristian dan diketahui seteru kepada umat Islam dari zaman berzaman”, tambah beliau.

Membandingkan masyarakat Cina Buddha yang tidak menentang dan mempersoalkan agama Islam, Ustaz Zawawi berkata, “Satu arus baharu berlaku dalam negara kita, arus masyarakat Cina penganut agama Buddha tinggalkan agama mereka mendekati Kristian”.

Politikus Kristian berbeza dengan yang beragama Buddha

Wong Chun Wai mengepalai kumpulan media MCA yang berbentuk Sarang Berbisa Evangelista
Wong Chun Wai mengepalai kumpulan media MCA yang berbentuk Sarang Berbisa Evangelista

Mengikut pemerhatian Ustaz Zawawi, agenda Kristianisasi itu tidak hanya berlaku pada parti DAP namun turut menular dalam MCA. Katanya, “Sebab itu kita lihat sikap parti politik dan apabila pemimpin mereka berhijrah kepada agama ini (Kristian), tindakan mereka amat berbeza berbanding dengan pemimpin yang kekal dengan agama Buddha mereka boleh bertahan dan tidak menyerang perjuangan Islam”.

Naib presiden MCA Chew Mei Fun seorang penganut Buddha

Evangelista jadi Adun MCA Subang Jaya

Ada juga di kalangan politikus MCA yang berupa Kristian evangelis. Sebab itulah Lee Hwa Beng, yang sebelum ini Adun MCA tiga penggal di Subang Jaya, boleh mengada-ngada berperangai lebih DAP dari DAP. Apapun Lee sudahpun dipecat oleh partinya. BAWAH: Lee bersama Hannah Yeoh dan Elizabeth Wong; Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng

Helen Ang’s Blog

UTAMAPOLITIKDewan Ulama PAS: Cina DAP rata-rata Kristian, lawan hukum Allah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium