Muktamar PAS: Kumpulan Ulama Sapu Bersih Kepimpinan Pusat - pakdin.my

muktamar-pas-2015-pro-ulamak

Akhirnya, perwakilan Muktamar Tahunan PAS 2015, membawa ‘suara’ ahlinya yang jelas mahu golongan ulama memimpin parti itu.

Majoriti 1,189 perwakilan, jelas menolak golongan bukan ulama, yang dilihat pro kepada DAP, sekutu mereka dalam pakatan pembangkang yang menentang perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 68, menang jawatan presiden parti bagi penggal 2015-2017, sekali gus melakar rekod peneraju paling lama berbanding tiga lagi bekas presiden sebelum ini.

Penyandang tiga penggal jawatan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, yang secara terbuka mengkritik kepimpinan Abdul Hadi sebelum ini, turut ditolak perwakilan.

Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tokoh ulamak dalam PAS, yang bertanding menentang Mohamad Sabu, dipilih sebagai Timbalan Presiden yang baharu.

Tiga jawatan Naib Presiden turut dimenangi golongan pro ulama.

Mereka ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Dua penyandang naib presiden yang dilihat sebagai golongan profesional dalam PAS,iaitu Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub, tewas.

Pensyarah kanan Sains Politik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd Razali ketika mengulas perkembangan itu menyifatkan sentimen anti DAP dan hukum hudud merupakan faktor utama kemenangan kumpulan ulama.

“Bila perwakilan didominasi kumpulan konservatif, maka hudud adalah faktor utama yang menjadi pertimbangan mereka. Bagaimanapun, keputusan undi untuk penyandang naib presiden amat mengejutkan kerana mereka mendapat undian tercorot,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, PAS dipimpin oleh barisan kepimpinan bercampur antara kumpulan ulama dan profesional khususnya bagi beberapa jawatan utama parti.

Pemilihan pucuk pimpinan pusat menyaksikan sebanyak 23 jawatan dipertandingkan meliputi jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Berikut adalah senarai 18 AJK Pusat bagi penggal 2015-2017:

1. Nasrudin Hasan Tantawi (782)

2. Dr. Riduan Mohamad Nor (782)

3. Datuk Mohd Nasruddin Daud (777)

4. Salehin Mukhyi (763)

5. Datuk Dr. Nik Zawawi Salleh (749)

6. Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali (736)

7. Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hasan (722)

8. Datuk Abdullah Hussin (679)

9. Razman Zakaria (674)

10. Dr. Mohd Zuhdi Marzuki (670)

11. Mokhtar Senik (656)

12. Zaharudin Muhammad (611)

13. Dr. Ali Akbar Gulasan (596)

14. Mazlan Aliman (593)

15. Dr. Rosni Adam (590)

16. Mohd Noor Mohamad (566)

17. Muhamad Sanusi Md Nor (556)

18. Nor Azli Musa (544)

UTAMAPOLITIKMuktamar PAS: Kumpulan Ulama Sapu Bersih Kepimpinan Pusat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium