BERITA1MDBDialog PM: Tun Mahathir Tiba Awal Di PWTC

Dialog PM: Tun Mahathir Tiba Awal Di PWTC

Dialog PM: Tun Mahathir Tiba Awal Di PWTC

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menghadiri dialog Perdana Menteri bersama badan bukan kerajaan (NGO) pukul 8.58 pagi.

Beliau yang diiringi pengawal peribadinya memasuki bilik Seroja di sini sementara menunggu dialog mula berlangsung.

Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) turut kelihatan antaranya Datuk Ahmad Maslan.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah dan Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya.

Kelibat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum kelihatan.

PWTC mula dibanjiri orang ramai yang ingin mendengar sendiri penjelasan daripada perdana menteri mengenai isu kontroversi membabitkan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib juga akan menjawab persoalan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Solidariti Rohingya bukan bermaksud buka pintu Malaysia kepada pelarian

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami