Muktamar PAS: Mat Sabu Lepas Jawatan Di Pulau Pinang - pakdin.my

muktamar-pas-2015-hadi-mat-sabu

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan perletakan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.

Menurut Mohamad yang mesra di panggil ‘Mat Sabu’, perletakan jawatan itu membabitkan jawatan Ahli Lembaga Pengarah Air Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Halal Hub Pulau Pinang.

Katanya, surat peletakan jawatan akan dibuat seawal minggu depan.

“Ini saya mulakan terhadap diri saya kerana saya mematuhi resolusi Dewan Ulama PAS Pusat.

“Nanti tak patuh orang cakap tak ikut ulama, maka saya mulakan pada diri saya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini, Sabtu.

Keputusan itu dibuat selaras dengan usul Dewan Ulama PAS Pusat yang diluluskan tanpa bahas bagi memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP.

Ia juga dilihat susulan daripada gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya pemimpin PAS yang memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri pimpinannya untuk meletak jawatan.

Selain itu, Mohamad turut menasihatkan supaya pimpinan PAS yang lain mengikut jejak langkahnya sebagai tanda kesetiaan kepada kepimpinan ulama.

“Harap ia diikutilah dengan rakan lain di Pulau Pinang dan seterusnya Selangor.

“Kita akan kuat bila kita berseorangan,” katanya sinis.Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan perletakan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.

Menurut Mohamad yang mesra di panggil ‘Mat Sabu’, perletakan jawatan itu membabitkan jawatan Ahli Lembaga Pengarah Air Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Halal Hub Pulau Pinang.

Katanya, surat peletakan jawatan akan dibuat seawal minggu depan.

“Ini saya mulakan terhadap diri saya kerana saya mematuhi resolusi Dewan Ulama PAS Pusat.

“Nanti tak patuh orang cakap tak ikut ulama, maka saya mulakan pada diri saya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini, Sabtu.

Keputusan itu dibuat selaras dengan usul Dewan Ulama PAS Pusat yang diluluskan tanpa bahas bagi memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP.

Ia juga dilihat susulan daripada gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya pemimpin PAS yang memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri pimpinannya untuk meletak jawatan.

Selain itu, Mohamad turut menasihatkan supaya pimpinan PAS yang lain mengikut jejak langkahnya sebagai tanda kesetiaan kepada kepimpinan ulama.

“Harap ia diikutilah dengan rakan lain di Pulau Pinang dan seterusnya Selangor.

“Kita akan kuat bila kita berseorangan,” katanya sinis.

UTAMAPOLITIKMuktamar PAS: Mat Sabu Lepas Jawatan Di Pulau Pinang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium