UtamaGempa Sabah: Kenyataan PM

Gempa Sabah: Kenyataan PM - pakdin.my

gempa-sabah-mayat-6

“Saya berasa sedih membaca laporan kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah. Begitu ramai nyawa yang terkorban, infrastruktur dan bangunan yang mengalami kerosakan. Ada juga masih belum dijumpai.

Saya memberi jaminan bahawa segala usaha sedang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan untuk mencari dan menyelamatkan semua yang masih terkandas di kawasan pergunungan.

YAB TPM selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara kini berada di Sabah untuk memantau situasi dan mengurus tadbir operasi di sana.

Saya difahamkan bahawa setakat ini, seramai 168 mangsa telah diselamatkan, dengan 19 mangsa terkorban, 8 dari Singapura, 4 dari Malaysia, dan seorang masing-masing dari Jepun, China dan Fillipina. Seramai 56 anggota mencari dan menyelamat masih berada di pergunungan untuk membawa turun 5 lagi mayat mangsa yang belum dikenal pasti.

Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dalam gempa bumi di Sabah. I convey my deepest sympathy and condolences to the families of those who lost their lives in the earthquake in Sabah.

Sebanyak 23 bangunan sekolah dan infrastruktur seperti jalan raya yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri Sabah akan memantau, menyediakan laporan dan mengambil tindakan segera untuk memastikan kesemua ini diperbaiki secepat mungkin demi keselesaan masyarakat terutamanya pelajar di Sabah.

Anggota serta aset Angkatan Tentera Malaysia berada pada keadaan bersiap sedia untuk dikerahkan, manakala Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang terdiri daripada paramedik, jurutera dan penyelamat telah pun digerakkan bagi membantu dalam apa bentuk sekalipun.

Wajarlah kita berterima kasih kepada semua yang membantu usaha pencarian, terutamanya malim gunung yang banyak berkorban bagi membantu mangsa gempa bumi.

Walaupun saya kini berada di Jeddah untuk lawatan rasmi, Menteri-menteri, MKN serta agensi Kerajaan yang terlibat dengan kerja menyelamat dan pem

antauan keadaan di Sabah sentiasa memaklumkan perkembangan terkini kepada saya.

Insyallah, bersama-sama mereka yang ada di sini, Solat Hajat akan diadakan malam ini. Moga Allah SWT memelihara rakyat Malaysia terutamanya di Sabah dan memudahkan usaha menyelamat.

Saya harap semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa atau agama akan terus berdoa untuk keselamatan rakyat Sabah.”

FACEBOOK Najib Razak
 

Saya berasa sedih membaca laporan kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah. Begitu ramai nyawa yang terkorban,…
Posted by Najib Razak on Sunday, June 7, 2015

 
TWITTER @NAJIBRAZAK
 

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...