Gempa Bumi: Kakitangan Awam Ditahan Cetus Provokasi di Facebook

Gempa Bumi: Kakitangan Awam Ditahan Cetus Provokasi di Facebook

gempa-sabah-media-sosial-hina

KOTA KINABALU: Seorang kakitangan awam berusia 22 tahun ditahan kerana menghina dan menimbulkan provokasi terhadap rakyat Sabah kerana gempa bumi yang membunuh 18 pendaki dan malim gunung.

Lelaki itu memuat naik status “Kene gempa bumi baru nak kecoh .. Standard la negeri penuh sociality … pub … kelab malam terbanyak di Malaysia … Nk Goyang Sgt kan. Tuhan dah bagi goyang tu.. kenapa takut pula ?? ” tulisnya di akaun Facebooknya pada 6 Jun.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 9 malam iaitu kurang 12 jam selepas satu laporan polis telah dibuat terhadapnya.

“Kami merampas sebuah telefon bimbit dan dua kad sim daripada suspek dan keterangan telah dirakam untuk siasatan ,” katanya.

ACP Chandra berkata, kes akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami