BERITA1MDB1MDB: Arul Kanda Nafi Tuduhan Enggan Benar Deloitte Mulakan Pengauditan

1MDB: Arul Kanda Nafi Tuduhan Enggan Benar Deloitte Mulakan Pengauditan

1MDB-Arul-Kanda

1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Khamis berkata dakwaan bahawa syarikat itu enggan membenarkan Deloitte memulakan pengauditan tidak benar sama sekali.

Presiden Arul Kanda berkata lembaga pengarah dan pengurusan 1MDB menemui firma pengauditan antarabangsa itu seawal Februari tahun ini bagi membincangkan tarikh memulakan proses mengaudit selepas tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2015.

“Malah, pengauditan anak syarikat utama 1MDB, Edra Global Energy Bhd, sudah pun bermula,” katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Arul Kanda yang juga Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB berkata demikian ketika merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang dilaporkan dalam portal berita.

Tony Pua dipetik sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan dan pengarah syarikat ‘enggan membenarkan Deloitte’ mengaudit 1MDB.

1MDB kini menjalani semakan semula dan penyiasatan akaun oleh Jabatan Audit Negara, kata Arul Kanda.

“Masa pengurusan kini difokuskan untuk ini (audit) berdasarkan kepentingan awam dan menyelesaikan kajian semula itu secepat mungkin.

“Lembaga pengarah sentiasa berbincang dengan Deloitte mengenai proses audit, dan maklumat terkini akan dikeluarkan pada masa yang bersesuaian,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Peguam Dakwa Bekas CEO 1MDB Mengaku Kelirukan Mahkamah dan Reka Minit Mesyuarat Bersama Jho Low

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami