Australia puji kepimpinan Najib - pakdin.my

Abbot ketika berucap di persidangan serantau mengenai keganasan di Sydney, Khamis.
Abbot ketika berucap di persidangan serantau mengenai keganasan di Sydney, Khamis.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbot memuji Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana kepimpinannya dalam menyuarakan penentangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS).

Beliau katanya mengagumi pemimpin negara Islam seperti Najib yang mengambarkan IS sebagai, “menentang Tuhan, menentang Islam dan menentang prinsip kemanusiaan sejagat”.

Abbot berkata demikian dalam ucapan persidangan serantau mengenai keganasan di Sydney, Khamis.

Menurut  Abbot, beliau juga menyanjungi Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi yang sebelum ini memberitahu pemimpin Universiti Al-Azhar bahawa Islam memerlukan revolusi agama untuk mengubah pemikiran palsu sejak berkurun-kurun lamanya.

Ucapan Abbot yang disiarkan secara langsung televisyen tempatan berkata, IS sudah mengembangkan pengaruhnya melangkaui sempadan Iraq dan Syria dengan sasaran muktamad menguasai dunia.

“Kita semua sudah saksikan, pemenggalan, menyalib, pembunuhan beramai-ramai dan perhambaan seks yang digunakan mahzab IS terutamanya terhadap penganut Islam di Asia Barat.

“Itulah yang disediakan mahzab kematian itu kepada semua orang jika dibiar dengan kehendaknya,” katanya.

Mesej mudah IS kepada setiap individu dan kerajaan katanya ialah sama ada menyerah atau mati.

“Kita tidak boleh berunding dengan entiti seperti IS, hanya menentangnya,” katanya.

Persidangan dua hari itu menyaksikan 27 menteri dan pegawai serantau bertukar-tukar maklumat mengenai cara menangani idelogi ekstremis yang dicernakan IS dan memperbaiki kerjasama serantau.

UTAMADUNIAAustralia puji kepimpinan Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium