BERITAMayat bayi di tepi sungai dibaham anjing

Mayat bayi di tepi sungai dibaham anjing

mayat-bayi-tepi-sungai-dibaham-anjing

BUTTERWORTH: Mayat bayi perempuan tanpa kedua-belah tangan dan kepala terputus dari badan ditemui orang awam di tepi sungai berhampiran sebuah kilang gula di sini petang tadi.

Difahamkan, mayat bayi malang itu ditemui sekumpulan orang awam yang sedang berehat di tepi sungai itu jam 1 petang tadi selepas mereka melihat seekor anjing menggonggong objek menyerupai haiwan.

Bagaimanapun, selepas dihampiri, mereka dapati objek berkenaan adalah mayat bayi dan apabila dihalau, anjing itu melepaskan mayat bayi berkenaan sebelum melarikan diri.

Seorang individu kemudian membuat laporan polis berhubung penemuan mayat bayi itu.

Siasatan awal pasukan forensik mendapati mayat bayi berkenaan tiada kedua-belah tangan dipercayai sudah dibaham anjing manakala kepalanya terputus dari badan.

Mayat bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami