DAP Pulau Pinang pecat Setiausaha Perhubungan PAS Negeri - pakdin.my

dap-pecat-su-pas-negeri

Usaha kerajaan DAP Pulau Pinang berpatah arang dengan PAS semakin rancak.

Bahang kemelut DAP dan PAS dipanaskan lagi apabila notis pemberhentian serta-merta Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang sebagai Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri menjadi viral di media sosial.

Notis menyebut bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan untuk memberi notis pemberhentian perkhidmatan terhadap Fadzil Kemi sebagai Pegawai Penerangan Gred S41 dengan serta merta dan ditandatangani Datuk Seri Farizan Darus bertarikh 12 Jun lalu.

Fadzil hanya dibayar pampasan satu bulan gaji bagi menggantikan notis selaras dengan fasal 9 perjanjian kontrak yang ditandatangani pihaknya pada 12 Disember 2014.

Lantikan Fadzil dibuat atas kapasiti beliau sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.

Pun begitu, adalah sukar mahu meramalkan impak perkembangan terbaru ini lantaran hakikatnya ialah terdapat lebih seribu ahli PAS yang menjawat jawatan lantikan politik di Pulau Pinang.

Jika DAP benar-benar mahu mendesak PAS, maka sudah tentunya kesemua pegawai lantikan politik PAS akan turut menerima notis penamatan khidmat.

Namun hakikat bahawa hanya Fadzil yang menerima notis penamatan khidmat, maka tidak mustahil tindakan itu adalah strategi DAP sebagai cara menguji reaksi ahli-ahli PAS negeri dan kepimpinan PAS pusat.

Apa pun, inisiatif DAP untuk mengusir PAS dari pakatan pembangkang sudah jelas diumumkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang seminggu sebelum Muktamar PAS berlangsung pada 4 hingga 6 Jun lalu bilamana beliau menyatakan bahawa pakatan pembangkang akan berkubur dua minggu selepas kenyataannya.

Usul memutuskan kerjasama dengan DAP yang diluluskan Muktamar PAS ke 61 hujung minggu lalu pula membawa kepada perletakan jawatan proksi-proksi DAP dalam PAS dari jawatan lantikan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Rawa tanpa didesak mana-mana pihak terlebih dahulu bertindak meletakkan semua jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Pulau Pinang.

Rentetan itu juga ialah penolakan jawatan lantikan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat oleh beberapa anggota kelompok Anwarinas yang kalah sewaktu pemilihan.

Alasan mereka kedengaran suci dan murni kerana kononnya mahu menghormati keputusan Muktamar dan memberi peluang kepada kepimpinan baru.

Hakikatnya, alasan itu kini jelas terpampang sebagai antara strategi terancang yang dikoordinasi DAP untuk mengusir PAS dari pakatan pembangkang.

Ia juga cara halus mendesak ahli-ahli PAS yang selesa menikmati pendapatan tetap di negeri-negeri naungan pembangkang untuk keluar PAS dan menyertai PasMa jika ingin terus menikmati faedah sedia ada.

Lalu, ke mana hala tuju PAS setelah PasMa hadir.

UTAMADAP Pulau Pinang pecat Setiausaha Perhubungan PAS Negeri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium