DAP tak hingin, PAS masih terhegeh-hegeh - pakdin.my

pas-dap-talak-tiga

Walaupun DAP sudah menyatakan tidak mahu bersama dengan PAS namun PAS Selangor masih terhegeh-hegeh bagai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong memegang jawatan dalam PR.

Dalam satu pertemuan Ahli-Ahli Dewan Negeri PAS di Shah Alam pada Isnin, mereka masih mahu komited  di dalam PR.

Malah Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan mahu memulihkan hubungan di dalam pakatan.

“Walaupun terdapat banyak cabaran tetapi kami yakin ketiga-tiga parti berupaya menangani sebarang masalah yang timbul dengan bijaksana melalui perundingan,” kata Iskandar dalam satu kenyataan pada Isnin.

Malah Iskandar juga mahu di peringkat akar umbi merapatkan barisan semula selepas pemilihan PAS Pusat sedangkan sememangnya beliau tahu sudah ada gerakan yang mahu kerjasama politik dengan DAP diputuskan.

Ini kerana dia mahu berpegang kepada prinsip dan ajaran Islam sebenar bukannya mementingkan kedudukan semata-mata.

“Walaupun terdapat banyak cabaran tetapi kami yakin ketiga-tiga parti berupaya menangani sebarang masalah yang timbul dengan bijaksana melalui perundingan.

“Kami juga menggesa agar hubungan di peringkat akar umbi dijalin dan diperkukuhkan,” katanya.

Hari ini Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu menyemak semula bentuk kerjasama antara PKR-PAS-DAP.

Azizah mengakui ketiga-tiga parti itu kini berdepan dengan masalah dan ia perlu ditangani dengan segera.

Namun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menganggap ‘usul PAS untuk putus hubungan dengan DAP’ berkuatkuasa serta merta selepas Muktamar PAS meluluskannya.

Kenyataan Azmin itu senada dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang menganggap Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.

PAS sebelum ini menegaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP masih belum muktamad kerana ia perlu dibuat Majlis Syura Ulama meskipun sudah diluluskan muktamar.

Selepas Muktamar PAS ke-61 meluluskan usul tanpa bahas memutuskan kerjasama politik dengan DAP, DAP terus menekan PAS dengan pelbagai desakan untuk melepaskan jawatan sama ada dalam kerajaan negeri atau yang dilantik di dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.

UTAMAPOLITIKDAP tak hingin, PAS masih terhegeh-hegeh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium