UtamaEDITORIAL1MDB1MDB: MP DAP berani...

1MDB: MP DAP berani fitnah, tak berani terima saman – Reezal Merican (video) - pakdin.my

Reezal-Merican-amanah-raya

Ahli Parlimen DAP Tanjung Ng Wei Aik hanya berani memfitnah tetapi tidak berani menerima notis tuntutan atau saman yang mahu diserahkan Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Walaupun enggan menerima notis yang cuba diserahkan Reezal Merican di bangunan Parlimen semalam, tindakan diteruskan dengan Wek Aik diberi tempoh 7 hari menjawab notis tuntutan termasuk permohonan maaf secara terbuka.

Ahli parlimen DAP itu pada 10 Jun lalu membuat sidang media menuduh Amanah Raya Berhad (ARB) yang dipengerusikan Reezal Merican meluluskan pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB.

Beliau mendakwa, pinjaman itu diberikan selepas Reezal Merican dilantik Pengerusi ARB setelah pengerusi sebelum itu Datuk Dusuki Ahmad dan Datuk Ahmad Radhi dipaksa berhenti.

 

 

Perkara itu bukan sahaja sudah dinafikan Reezal Merican tetapi ARB, Dusuki dan pihak 1MDB.

Menurut Reezal Merican, beliau tidak boleh membenarkan fitnah jahat ahli parlimen pembangkang itu tanpa tindakan undang-undang kerana mencemarkan kedudukannya sebagai ahli parlimen dan imej ARB.

Katanya, beliau seorang yang sanggup bersemuka jika ahli parlimen pembangkang itu ada persoalan bukannya menabur fitnah yang boleh menjatuhkan maruah seorang ahli parlimen yang bawa mandat rakyat.

“Justeru itu wakil kepada peguam saya (Tetuan Raja Riza & Associates) sudah menyerahkan notis tuntutan kepada Ng di Parlimen ini semalam,” katanya.

Turut diberikan notis sama adalah portal The Malaysian Insider dan Free Malaysia Today yang melaporkan kenyataan Wei Aik yang memetik sumber tanpa bukti kukuh berhubung tuduhan liar itu.

Ikuti kenyataan Reezal Merican berhubung tindakan samannya terhadap Wei Aik menerusi video berikut selepas sidang media di lobi Parlimen bersama Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad dan timbalannya Datuk Bung Moktar Radin pada Selasa mengenai isu itu.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988