DAP tak perlu tunggu Ketua Pembangkang untuk bubar Pakatan – Kit Siang - pakdin.my

wan-azizah-kabinet-bayangan

DAP tidak perlu menunggu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengumumkan ‘pembubaran’ Pakatan Rakyat (PR).

“Dia (Lim Guan Eng) tidak kata pembubaran… kita kata tidak wujud lagi oleh kerana apa yang berlaku, khasnya usul muktamar Pas. Kita kena terima itu dan teruskan perjalanan.

“(Tak tunggu Wan Azizah umum?) Tidak (tunggu)… sudah tidak wujud. Jika satu parti telah luluskan usul, jadi kena hadapilah,” kata Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang di Dewan Rakyat, Selasa.

Menurutnya, PR sudah tidak wujud selepas PAS dalam muktamar lalu meluluskan usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Beliau juga menafikan bahawa DAP bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan itu dan enggan mengulas lanjut.

“Saya tak rasa begitu. Saya tidak mahu komen tentang itu.

Saya tak akan bazirkan masa dengan polemik begitu. PR sudah tidak wujud…habis cerita. Kita kena teruskan (perjuangan) dan tidak bazir masa dengan polemik.

“Harapan yang diberi rakyat telah musnah, jadi, kita kena beri harapan baharu. Inspirasi pada PRU13 untuk membawa perubahan itu masih relevan,” katanya.

UTAMAPOLITIKDAP tak perlu tunggu Ketua Pembangkang untuk bubar Pakatan - Kit Siang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium