Gempa Sabah: Gegaran anak sungai Mesilou

Gempa Sabah: Gegaran anak sungai Mesilou

gempa-sabah-banjir-ranau-3

Ranau: Kira-kira 200 penduduk di Kampung Mesilou Kundasang, di sini, gempar seketika apabila dikejutkan dengan limpahan air lumpur dari Gunung Kinabalu bersama bongkah batu besar dan cebisan pokok yang patah di anak sungai Mesilou, petang tadi.

Kejadian kira-kira 2 petang itu menyebabkan kawasan sekitarnya turut bergegar.

Menurut seorang penduduk, Juhimin Kungkilou, 64, kejadian itu disedari sebaik terdengar bunyi dentuman kuat yang datang dari arah anak sungai Mesilou.

“Rumah saya hanya terletak kira-kira 50 meter dari anak sungai dan terdengar bunyi dentuman kuat.

“Sebaik terdengar bunyi dentuman, saya bergegas keluar untuk meninjau apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui.

Menurut Juhimin, sebaik meninjau di anak sungai itu, dia melihat limpahan air lumpur yang mengalir deras.

“Air lumpur ini turut membawa bersama puluhan bongkah batu besar sehingga ke hilir sungai.

“Ini adalah kejadian pertama berlaku di kampung ini dan sangat menggerunkan,” katanya.

Juhimin berkata, anak sungai itu yang dulunya bersaiz kecil kini bertukar wajah menjadi lurah laluan air yang besar.

gempa-sabah-banjir-ranau-1

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Asmat, 34, meminta pihak berkuasa supaya melakukan tindakan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Kami bimbang sekiranya limpahan banjir lumpur ini menyebabkan beberapa kawasan bukit berhampiran anak sungai runtuh.

“Sekiranya bukit ini runtuh, anak sungai akan tertimbus manakala arus air yang mengalir dari gunung akan terpesong ke arah rumah penduduk,” katanya.

gempa-sabah-banjir-ranau-2

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami