UtamaKelayakan Piala Dunia 2018:...

Kelayakan Piala Dunia 2018: Palestin Belasah Malaysia 6-0 - pakdin.my

palestin belasah malaysia piala dunia

Skuad Harimau Malaya mengalami igauan ngeri apabila dibelasah 6-0 oleh Palestin pada perlawanan Kumpulan A, kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil Selasa malam.

Percaturan yang dirangka ketua jurulatih kebangsaan Dollah Salleh ternyata tidak menjadi untuk menyekat semangat luar biasa yang dimiliki pasukan dari negara bergolak itu.

Walaupun membariskan pemain muda serta baharu, anak buah Abdel Nasser Barakat itu dilihat menguasai keseluruhan babak perlawanan, yang gagal disekat oleh barisan pemain Malaysia.

Palestin membuka jaringan seawal minit kelapan menerusi rembatan Musab Battat dari luar kotak penalti selepas penjaga gol Malaysia Farizal Marlias berjaya menepis percubaan pertama pasukan pelawat itu.

Mohd Amri Yahyah hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-23 dengan menguis bola ke gawang Palestin namun berjaya ditepis keluar penjaga gol Tawfiq Abuhammad.

Pemain penyerang Malaysia Mohd Amri Yahya memohon maaf kepada penyokong pasukan negara selepas tewas kepada Palestin 0-6 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Bukit Jalil
Pemain penyerang Malaysia Mohd Amri Yahya memohon maaf kepada penyokong pasukan negara selepas tewas kepada Palestin 0-6 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Bukit Jalil

Kesilapan pemain pertahanan Muhammad Zubir Azmi dimanfaatkan sebaik mungkin Sameh Maraaba yang merembat leret bola hasil hantaran lintang Tamer Seyam untuk gol kedua pasukan pelawat.

Tamer yang berjaya mengelecek tiga pertahanan Harimau Malaya turut menghasilkan gol ketiga Palestin pada minit ke-41.

Empat minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat, Muhammad Afiq hampir menjaringkan gol pertama tuan rumah namun tandukannya berjaya ditepis keluar penjaga gol lawan.

Ketinggalan 0-3 sebaik babak kedua bermula, Mahali Jasuli membuat umpanan cantik kepada Muhammad Afiq yang berada di posisi terbaik untuk menjaringkan gol pada minit ke-55, namun beliau gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Malaysia turut memiliki peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-60 apabila mendapat tendangan percuma, bagaimanapun ketangkasan penjaga gol lawan menidakkan rembatan kencang Safiq Rahim.

Tersentak dengan itu, Palestin kembali menyerang dan berjaya menghasilkan gol keempat pada minit ke-63 menerusi pemain gantian Khader Abuhammad sebelum Sameh sekali lagi menggegar gawang Malaysia pada minit ke-74.

Tuan rumah hampir mendapat gol sagu hati pada minit ke-84, namun Muhammad Afiq yang berada di hadapan pintu gol tergelincir mengakibatkan beliau gagal menyempurnakan hantaran lintang Mohd Amri.

Lima minit sebelum wisel penamat, pintu gol Harimau Malaya sekali lagi dibolosi apabila Tamer yang tidak dikawal barisan pertahanan Malaysia menjaringkan gol keenam.

Malaysia bakal berdepan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 September depan.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Pemberontak BRN mengakui bertanggungjawab pengeboman di Selatan Thailand

Kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) mengumumkan di laman Facebooknya bahawa mereka bertanggung jawab dalam siri letupan bom minggu ini di wilayah...

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum...

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...