Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALNajib Umum Durian Runtuh...

Najib Umum Durian Runtuh RM151.1 Juta Kepada Pekebun Kecil Risda - pakdin.my

Najib-bonus-pekebun-risda

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkhabaran gembira kepada 32,238 pekebun kecil Risda, antaranya pemberian durian runtuh dividen bernilai RM151.1 juta.

Agihan dividen itu berjumlah RM43.9 juta kepada sebanyak 16,080 peserta Rancangan Tanah Baru Kelompok (RTBB) dan RM107.2 juta kepada 16,158 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).

“Saya harap pemberian dividen ini dapat membolehkan kita lebih selesa untuk sama-sama sambut Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya ketika majlis penyampaian dividen Risda 2015 di Dewan Seri Perdana Kolej Automotif Antarabangsa (Icam) pada Sabtu.

Majlis turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Najib berkata kerajaan sentiasa komited dalam membantu meningkatkan pendapatanbulanan serta menaik taraf hidup pekebun kecil yang merupakan kelompok B40 yang memperoleh berpendapatan bulanan purata kira-kira RM2,500.

Katanya ini ditambah lagi dengan kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit dalam pasaran dunia pada masa kini berikutan kelembapan pertumbuhan ekonomi dunia.

Berikutan itu juga, kata perdana menteri, kerajaan mengadakan kerjasama eratdengan negara pengeluar untuk meningkatkan nilai eksport dan memastikan pekebun kecil melaksanakan amalan pertanian baik untuk menambah hasil pengeluaran.

Dalam majlis itu, Najib turut meluluskan Skim Khairat Kematian Pekebun Kecil Risda bernilai RM5.24 juta kepada semua pekebun kecil getah dan sawit yang berdaftar dengan Risda.

Beliau berkata skim itu bertujuan menjaga kebajikan pekebun kecil serta meringankan bebanan mereka apabila berlaku kematian akibat kemalangan dan sakit.

Pada majlis itu, perdana menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2juta untuk dana permulaan Yayasan Risda.

Beliau berkata penubuhan yayasan itu bagi menyalurkan bantuan atau kemudahanuntuk aktiviti pendidikan, sukan, sosial dan kebajikan pekebun kecil, keluarga dan kakitangan agensi itu serta syarikat milikannya.

“Kita akan menambah peruntukan kepada yayasan ini dari semasa ke semasa,”katanya.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan dapat menampung kekurangan hasil negara ekoran penurunan harga minyak dan gas dengan hasil yang diperoleh menerusi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Ini antara sebabnya kerajaan laksanakan GST, bukan tujuan untuk susahkan rakyat tetapi sebenarnya untuk kebaikan dan kebaikan itu orang tidak nampak, malah lempar pelbagai tuduhan,” katanya.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838