Kerjasama PAS, DAP & PKR Masih Diteruskan – Wan Azizah - pakdin.my

wan-azizah-kabinet-bayangan

Biarpun Pakatan Rakyat (PR) telah diisytihar tidak lagi wujud, namun kerjasama dan semangat dalam menjalin hubungan kerja antara ketiga parti iaitu PAS, DAP dan PKR masih diteruskan, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis sumbangan Ihya Ramadan kepada surau dalam Parlimen Permatang Pauh di Masjid Jamek Kampung Pelet dekat sini Ahad, Dr Wan Azizah berkata beliau mempunyai pandangan optimis terhadap semangat yang ada dalam pakatan pembangkang.

Pada Rabu lepas, beliau dilaporkan mengakui bahawa gabungan politik pakatan pembangkang tidak lagi berfungsi secara formal. Keadaan itu, katanya, berlaku berikutan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas pada Muktamar PAS Ke-61, manakala Jawatankuasa

Eksekutif Pusat DAP pula telah mengumumkan ‘penamatan riwayat’ PR, Mengulas lanjut, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata berdasarkan pembacaan dan pengamatannya menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS sama ada yang tewas atau menang dalam pemilihan jawatan parti itu, mereka telah memberi mesej bahawa ketiga-tiga parti terbabit akan terus bersama-sama.

Selasa lalu, media melaporkan DAP mengisytiharkan PR tidak lagi wujud. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata keputusan yang dibuat Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah ‘membunuh’ PR.

UTAMAPOLITIKKerjasama PAS, DAP & PKR Masih Diteruskan - Wan Azizah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium