MAS: RM19.2 billion diguna hidupkan sejak pengswastaan ‘tak menjadi’ - pakdin.my

malaysia-airlines-rugi-pengswastaan

“Punyalah banyak, kerana nak memulih pengswastaan yang tidak menjadi….akibat dari salah keputusan ketika itu.”

Itu kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di Dewan Negara pagi Rabu setelah memberitahu jumlah wang yang kerajaan belanja antara tahun 2001 hingga 2014 untuk hidupkan MAS.

“Yang Berhormat…Yang Berhormat nak tahu dari 2001 hingga 2014 berapa kerajaan belanja untuk hidupkan MAS …RM19.2 billion…,” katanya ketika menjawab soalan-soalan berkaitan pelan pemulihan MAS dan nasib kakitangan yang diberhentikan.

Beliau sebelum itu bertanya mereka kenapa MAS berada dalam keadaan sekarang.

“Apa sebab yang berlaku sudah berlaku. Kita nak bina kembali ikon Negara melalui pelan pemulihan MAS sejak 29 Ogos 2014.

“Kenapa bermula kisah sedih MAS.. pertama kerana kos operasi tinggi sebab pekerja lebih banyak dari sepatutnya… macam MAS ( patut) 14,000 pekerja tetapi ada 20,000 lebih pekerja.

“Laluan tak menguntungkan .. MAS terpaksa pergi.. sekarang dihentikan.

“Satu lagi ialah hasil pengswastaan yang tidak menjadi. Tentu ingat pada zaman Perdana Menteri lama pengswastaan tidak menjadi. Kerajaan terpaksa ambilalih pada tahun 2001” kata Ahmad Maslan.

Katanya ini pula ditambah dengan peristiwa hilang MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh. Katanya ia kejadian yang di luar dugaan yang telah menghimpit syarikat penerbangan itu.

Ahmad Maslan kata banyak syarikat lain menghadapi masalah seperti MAS sekalipun tidak menghadapi peristiwa hilang dan ditembak.

Contohnya Japan Airline, United Airline, Continental Airlines, Air Linggius telah berjaya dipulihkan.

“Jadi kita ingin bangkit semula.. jadi untuk bangkit semula kos tidak perlu kena dikurangkan supaya boleh hidupkan semula lambang Malaysia ke seluruh dunia.”

Beliau memberitahu sidang dewan itu bahawa sehingga semalam 23 Jun 2005…sebanyak 5,500 peluang pekerjaan disediakan oleh 30 buah syarikat kepada 6,000 kakitangan MAS yang terpaksa diberhentikan.

Timbalan Menteri itu juga kata pampasan yang diberikan kepada mereka yang diberhentikan bukan saja akan selari dengan perjanjian bersama malah ada dua pekara tambahan diberi.

Tambahan berkenaan ialah kemudahan perubatan percuma hingga 12 bulan serta tambahan pampasan 30 peratus dari yang asas bagi kakitangan kurang upaya dan jika ia melibatkan suami isteri serentak diberhentikan.

UTAMAMAS: RM19.2 billion diguna hidupkan sejak pengswastaan ‘tak menjadi’

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium