BERITAAkibat tidak puasa: Abang maut bergaduh dengan adik

Akibat tidak puasa: Abang maut bergaduh dengan adik

jenayah5

BANTING: Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas bergaduh dengan adik kandungnya, di sini, petang semalam.

Difahamkan, pergaduhan antara mangsa dengan adiknya yang berusia 26 itu berpunca kerana mangsa tidak berpuasa.

Ketua Polis Kuala Langat, Supritenden Zailan Tasir, berkata pergaduhan kira-kira jam 6.30 petang itu bermula dalam bilik suspek dengan suspek menggigit jari mangsa dan mangsa menggigit telinga suspek.

Katanya, berang dengan tindakan abangnya, suspek mengajak mangsa menyambung pergaduhan di luar rumah.

“Mangsa kemudiannya bertindak agresif dengan mengambil besi panjang di dapur manakala suspek mengambil pisau.

“Ketika pergaduhan, mangsa terkena libasan pisau di leher kiri tetapi dia bangun dan keluar rumah bersama seorang kawan menaiki kereta suspek untuk ke hospital,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Suspek yang bekerja sebagai operator kilang kini ditahan polis untuk siasatan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami