UtamaPOLITIKTolak hudud tetapi Wan...

Tolak hudud tetapi Wan Azizah mahu Shafee didakwa qazaf - pakdin.my

wan-azizah-pkr-tolak-hudud
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa mengamalkan politik cakap tak serupa bikin.
Ini kerana, Wan Azizah secara terang menolak Rang Undang-undang Hudud yang cuba dilaksanakan PAS di Kelantan namun mahu pula hukuman hudud qazaf dikenakan terhadap Tan Sri Shafee Abdullah yang didakwa menuduh bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan perbuatan liwat.
Bekas ahli parlimen Kulim Bandar Baharu yang juga bekas peguam Anwar, Zulkifli Noordin dalam kenyataan mendakwa tindakan Wan Azizah itu jelas menunjukkan sikap hipokrit politik PKR yang bersedia mempermainkan hukum hudud hanya untuk kepentingan peribadi dan politik mereka.
Menurutnya, Wan Azizah membuat laporan mengikut Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syarie Selangor berkaitan kesalahan hudud qazaf terhadap ‘orang yang menuduh orang lain melakukan zina’.
Shafee pula katanya didakwa menuduh Anwar melakukan liwat sebagaimana yang diputuskan Mahkamah Persekutuan sedangkan Enakmen Jenayah Syariah secara jelas menyatakan bahawa ‘zina’ tidak termasuk perbuatan liwat.
Sehubungan itu, beliau menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya menolak laporan hudud qazaf terhadap Shafee.
Zulkifli juga menggesa seluruh rakyat termasuk umat Melayu-Islam khususnya ahli PAS supaya dapat melihat dan menolak sandiwara politik batil PKR.
PAS juga tegasnya, wajib memutuskan segala bentuk kerjasama politik dengan PKR sebagaimana yang parti itu lakukan terhadap DAP demi mempertahankan maruah agama Islam.
Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan beliau.
 
KENYATAAN MEDIA
Saya merujuk kepada kenyataan media oleh DS Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkaitan lapuran hudud qazaf terhadap Tan Sri Shafee Abdullah konon menuduh Anwar Ibrahim berliwat.
Lapuran dibuat dibawah Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syarie Selangor berkaitan kesalahan hudud qazaf.
1. Seksyen 36 hanya berkaitan hukuman hudud qazaf terhadap ‘orang yg menuduh orang lain melakukan zina’.
2. Sedangkan dakwaan terhadap TS Shafee adalah berkaitan menuduh Anwar melakukan liwat sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah, ‘zina’ tidak termasuk liwat!
3. Atas alasan inj sahaja saya mendesak JAIS supaya menolak lapuran hudud qazaf terhadap TS Shafee.
4. DS Wan Azizah pernah menegaskan termasuk semasa kempen PRK Permatang Pauh bahawa PKR menolak cadangan PAS untuk mengemukakan RUU berkaitan hudud, dan jika dibawa ke Parlimen beliau tidak akan menyokongnya.
5. Jelas ini adalah amalan politik dualam & cakap tak serupa bikin. Dalam menolak RUU Hudud PAS, mereka mahu hukuman hudud qazaf dikenakan terhadap TS Shafee.
6. Ini adalah satu sikap hipokrit politik yang membuktikan PKR bersedia mempermainkan hukum hudud hanya untuk kepentingan peribadi dan politik mereka!
7. Saya berharap rakyat termasuk umat Melayu-Islam khususnya ahli PAS dapat melihat sandiwara ini dan menolak politik batil yang dibawa oleh PKR.
8. Malah PAS wajib memutuskan segala bentuk kerjasama politik dgn PKR sebagaimana mereka lakukan terhadap DAP demi untuk mempertahankan maruah Islam!
Sekian terima kasih.
Yang benar
Zulkifli Noordin
Jumaat
09 Ramadhan 1436
26 Jun 2015

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...