Khalid Ibrahim jauh lebih berpengalaman dari Azmin Ali - pakdin.my

Mat-Nadzari-Ahmad-Dahlan

Ketokohan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah jauh lebih baik berbanding Menteri Besar Selangor baharu, Mohamed Azmin Ali yang dilihat pentadbirannya tidak langsung memberi kesan baik kepada rakyat secara keseluruhan.

Jelas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahalan, perbandingan kedua-dua tokoh itu dibuat berdasarkan pengalaman Khalid yang pernah menerajui negeri Selangor suatu ketika dahulu, kemudian dipecat daripada partinya sendiri dan digantikan dengan Azmin.

“Jika dibandingkan Azmin dengan Khalid dalam aspek pentadbiran, Khalid lebih kedepan, beliau lebih kredibiliti dalam mempuat keputusan berbanding Azmin.

“Sebab Azmin lebih kepada membuat keputusan yang flip flop, tak bawa banyak faedah untuk rakyat, seperti isu KIDEX (Lebuhraya Kinrara-Damansara), isu air, tindakan Azmin itu merosakkan pentadbiran dia sendiri, rosakkan persekitaran kebajikan rakyat, termasuk sektor ekonomi, berbanding Khalid, semua orang tahu yang sia seorang pentadbir yang hebat, urus sesuatu dengan baik dan tiada keraguan dari sudut kredibilitinya,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Khalid  yang bersedia menggalas kembali tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor baharu bagi menggantikan Azmin.

Namun, Khalid yang juga merupakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Pelabuhan Klang itu berkata, perkara tersebut hanya akan berlaku jika Khalid mendapat majoriti mudah dalam Dewan Negeri Selangor (DNS).

“Saya merasakan Khalid bercakap atas pertimbangan keyakinan daya usaha beliau untuk mengenepikan Azmin selaku pentadbir yang tak berkesan, dan Khalid mampu bertindak kearah untuk memberi manfaat yang lebih baik kepada rakyat di Selangor,” jelas Nadzari lagi.

Azmin dikatakan tidak lagi mendapat sokongan DAP malah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) PKR turut tidak menaruh kepercayaan terhadap pemimpinan Azmin sebagai Menteri Besar.

Menguatkan lagi desas-desus tersebut,  kelibat bekas Menteri Besar Selangor itu kerap kelihatan dalam program-program rasmi yang dihadiri Sultan Selangor.

Khalid sebelum ini telah diturunkan dari jawatan Menteri Besar selepas dituduh dengan pelbagai tuduhan antaranya penyelesaian hutang dengan Bank Islam yang meragukan, KIDEX yang dikatakan memberi kelulusan kepada pembinaan dan menandatangani penjanjian air dengan Kerajaan Persekutuan.

Namun, dakwaan-dakwaan itu khususnya berkaitan penyelesaian hutang Bank Islam gagal dibuktikan sehingga kini malah Azmin sendiri meneruskan perjanjian air yang telah dimulakan oleh Khalid.

UTAMAPOLITIKKhalid Ibrahim jauh lebih berpengalaman dari Azmin Ali

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium