Najib Ucap Tahniah Skuad B-13 Malaysia Juara Piala Iber 2015 - pakdin.my

iber-cup-u13-malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak Bawah 13 Tahun (B-13) yang muncul juara Kejohanan Bola Sepak Remaja Piala Iber Costa del Sol 2015 di Sepanyol pada Sabtu.

Beliau berharap kejayaan itu akan meniup semangat para pemain untuk berusaha dengan lebih gigih.

“Skuad bola sepak B13 kita muncul juara Ibercup 2015. Tahniah & semoga kejayaan ini meniup semangat untuk berusaha dengan lebih gigih!,” kata Najib yang menyampaikan ucapan itu menerusi catatan terkini dalam akaun Twitter beliau malam Sabtu.

Skuad B-13 Malaysia muncul juara selepas mengalahkan Sporting CP dari Portugal 2-1 pada perlawanan akhir di Sepanyol.

UTAMAGAYA HIDUPNajib Ucap Tahniah Skuad B-13 Malaysia Juara Piala Iber 2015

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium