back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    📂

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Lelaki warga Malaysia maut ditembak di Sungai Golok

    maut-ditembak-golok 2

    NARATHIWAT: Seorang warga Malaysia maut manakala rakannya cedera ditembak oleh dua lelaki bermotosikal di Jalan Charengket, di Sungai Golok, awal pagi tadi.

    Pegawai Penyiasat Balai Polis Sungai Golok, Kol Pol Somchai Pearkan, berkata dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Asshraf Zafri, dari Jalan Tepi Sungai, Rantau Panjang, Kelantan, maut akibat terkena satu das tembakan di bahagian kepala.

    Beliau berkata, rakan mangsa, Muhammad Irfan Muhammad Zain, cedera parah akibat terkena tembakan di bahagian belakang badan dan dibawa ke hospital di sini untuk rawatan.

    Bagaimanapun, umur dan pekerjaan kedua-dua mangsa tidak diperoleh.

    Somchai berkata, polis menemui dua kelongsong peluru jenis 0.9mm dan 14 butir peluru di lokasi kejadian.

    Beliau berkata, kedua-dua mangsa menyeberang sempadan melalui sungai di Pengkalan Prapa dan menyewa motosikal untuk berurusan di pekan Sungai Golok.

    “Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar kejadian, polis berjaya menahan seorang suspek warga Thailand berusia 52 tahun di sebuah rumah di pekan Sungai Golok.

    “Bagaimanapun, rakan suspek, seorang warga Malaysia meloloskan diri ketika polis menyerbu rumah itu,” katanya.

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Send this to a friend