Pengamal media perlu adil – Najib

najib-berbuka-media-sosial

SHAH ALAM  – Semua pengamal media dirayu supaya berlaku adil dan mencari kebenaran sebelum melaporkan sesuatu berita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengamal media juga berperanan membentuk akal budi masyarakat yang bertanggungjawab di negara ini.

“Berbeza pendapat tidak mengapa tetapi kita perlu cari kebenaran. Kalau kita kata, berbilion duit hilang, cari di mana kebenarannya, apa buktinya. Ini yang mesti kita pertahankan, kebenaran bukan siapa yang sebut itu.

“Itu sahaja yang saya minta, berlaku adillah dan cari kebenaran kerana kita nak berpandu pada al-Quran. Islam itu kebenaran yang mutlak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media dan blogger di Kompleks Media Karangkraf, Khamis.

Jelas Najib, pengamal media pada hari ini lebih cenderung bersaing sesama sendiri untuk menjadi medium pertama dalam menyampaikan sesuatu berita tanpa mementingkan ketepatan laporan tersebut.

“Ini cabaran dalam persekitaran baharu, kejar berita disampaikan secepat mungkin jadi viral. Mereka mahu menjadi yang pertama melaporkan sesuatu berita untuk bentuk persepsi, bukan ketepatan itu nombor dua2,” katanya.

Beliau turut mengakui berdepan cabaran besar dalam menangkis persepsi yang dibentuk menerusi laporan tidak tepat itu.

Malah, katanya persepsi tersebut telah memberi kesan buruk kepada Barisan Nasional (BN) dalam meraih sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU-13) yang lalu.

“Pada PRU dulu masih segar dlm ingatan saya kononnya 40,000 pengundi Bangladesh tunggu untuk undi BN diuar-uarkan pada saat-saat akhir sehingga kita tak mampu betulkannya. Berita dah jadi viral dan beri kesan kepada BN,” katanya.

Tambah Najib lagi, isu Tabung Haji (TH) yang didakwa menggunakan wang pendeposit jemaah haji untuk menyelamatkan syarikat pelaburan strategik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut memberi tamparan hebat kepada kerajaan.

“Ia sebenarnya untuk tujuan komersial yang boleh bawa keuntungan RM170 juta kepada TH. Apabila sampai kepada pendeposit TH, mereka marah kenapa kita buat begitu. Kenapa kita nak guna wang rakyat untuk selamatkan 1MDB. Sekali lagi kerosakan telah pun berlaku,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Array

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...