BERITAMaut dihempap kayu jatuh dari lori

Maut dihempap kayu jatuh dari lori

maut-dihempap-kayu-jatuh-dari-lori

Semenyih: Buruh berusia 25 tahun maut selepas dihempap timbunan kayu getah yang jatuh dari lori di kilometer 28, Jalan Kuala Lumpur-Seremban, pagi tadi.

Dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai P Ravi maut di tempat kejadian akibat parah di seluruh anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, kemalangan berlaku akibat pemandu lori yang datang dari arah Kajang hilang kawalan lalu melanggar pembahagi tengah jalan sebelum merempuh belakang motosikal mangsa.

“Akibat perlanggaran itu, timbunan kayu getah itu jatuh menimpa mangsa dan empat lagi kenderaan lain.

“Pihak kami menahan pemandu lori ini dan kenderaannya juga dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami