Bayi Diterbang Angin Dalam Kejadian Ribut Di Tuaran

Bayi Diterbang Angin Dalam Kejadian Ribut Di Tuaran

Bayi Diterbang Angin Dalam Kejadian Ribut Di Tuaran

Seorang bayi Nurhasyikin Jainudin yang berusia 18 bulan dilapor diterbangkan angin dalam kejadian angin ribut di Kampung Dungang, Tuaran awal pagi Sabtu.

Pegawai Daerah Tuaran, Abdul Mohd Ibnu Abdul Kadir Baba berkata, kejadian berlaku ketika buaian bayi itu yang diikat pada alang bumbung rumah diterbangkan angin bersama bumbung rumah tersebut.

“Ketika itu bayi tersebut sedang tidur di dalam buaian. Apabila bumbung rumah itu tercabut kerana diterbangkan angin, buaian dan bayi itu turut sama diterbangkan angin,” katanya kepada Bernama.

Bayi itu kemudiannya ditemui dekat kawasan sawah padi berhampiran.

Abdul Mohd Ibnu berkata berkata bayi tersebut pada mulanya dirawat di Hospital Tuaran sebelum dipindahkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas kerana dipercayai patah paha.

“Dia berada dalam keadaan stabil,” katanya.

bayi-terbang-angin-2

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami