UtamaDUNIA1MDB: Boko Haram Bunuh...

1MDB: Boko Haram Bunuh 150 Penduduk Islam Lepas Iftar, Solat Di Masjid - pakdin.my

Militan Boko Haram melepaskan tembakan secara rambang dan membakar rumah mangsa dalam kejadian di beberapa kampung yang mengakibatkan hampir 150 terkorban.
Militan Boko Haram melepaskan tembakan secara rambang dan membakar rumah mangsa dalam kejadian di beberapa kampung yang mengakibatkan hampir 150 terkorban.

Ibadah puasa bagi penduduk beberapa perkampungan di timur laut Nigeria tercemar berikutan tindakan kejam militan Boko Haram melepaskan tembakan ketika umat Islam menunaikan solat selepas berbuka puasa di masjid.

Susulan kejadian Khamis itu, hampir 150 nyawa terkorban membabitkan golongan lelaki yang berada di masjid juga kanak-kanak serta kaum wanita di rumah mereka.

Beberapa saksi juga memberitahu, berpuluh-puluh anggota militan kumpulan itu menyerang dan membakar rumah penduduk di tiga perkampungan terpencil di negeri bergolak Borno.

Kumpulan bersenjata itu juga menembak mati sekurang-kurangnya 97 orang di Kampung Kukawa, lokasi paling teruk diserang dan lima kanak-kanak turut terkorban.

Seorang saksi dikenali sebagai Alhaji Kolo berkata, lebih 50 militan terlibat dalam serangan itu apabila mereka mensasarkan beberapa masjid ketika penduduk sedang menunaikan solat Maghrib sejurus berbuka puasa.

“Mereka melepaskan tembakan secara rambang ke arah jemaah masjid yang kebanyakannya jemaah lelaki dan kanak-kanak.

“Lebih mengerikan apabila mereka membakar hampir semua mayat mangsa,” katanya.

Dalam dua lagi serangan dua kampung berdekatan pekan Manguno, militan Boko Haram yang bergerak menggunakan van dan motosikal membunuh 48 orang dan mencederakan 11 yang lain.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...