Video: Saya Tidak Akan Khianat Rakyat Dan Harta Benda Negara – Najib

najib-semenyih-tidak-khianati-rakyat

SEMENYIH  — Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau selaku perdana menteri yang dipilih rakyat tidak akan sesekali mengkhianati rakyat dan harta benda negara ini.

Beliau berkata pihaknya tidak akan membenarkan anasir luar untuk menggugat dan menjatuhkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dipilih oleh rakyat, sesuka hati mereka.

 

 

“Ini merupakan janji saya,” katanya ketika berucap pada majlis Iftar Rakyat Negeri Selangor Bersama Perdana Menteri di Masjid Bandar Rinching di sini Ahad.

Najib berkata beliau telah menjadi mangsa serangan di media sosial bertubi-tubi kebelakangan ini termasuk menuduhnya ‘songlap’ sejumlah wang ke dalam akaun peribadinya.

“Sehari dua ini, mereka telah membawa macam-macam berita. Saya telah menjadi mangsa kepada serangan mereka secara bertubi-tubi kononnya saya songlap duit yang besar.

“Saya berterima kasih kerana ramai juga menyatakan bahawa mereka tidak percaya (songlap duit),” katanya.

Najib juga berkata pembangkang telah menggunakan media sosial memainkan isu bagi mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin BN.

Beliau berkata media sosial kini bukan lagi mencari kebenaran tetapi membawa berita terkini tanpa mengira ketepatan dan kesahihan laporan yang disiarkan.

“Matlamatnya bukan untuk mendedahkan kebenaran tetapi untuk mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin.

“Ini bukan untuk membina akal budi rakyat supaya berfikir secara matang, mengisi minda kita dengan fakta benar sebaliknya apa yang mereka lakukan ialah ubah persepsi.

“Itulah matlamat mereka. Kalau persepsi negatif, mereka boleh tambah undi masa pilihan raya,” katanya.

Beliau memberi contoh pada pilihan raya umum ke-13 apabila pembangkang menabur fitnah dengan mengatakan bahawa BN membawa 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh.

“Malangnya, ramai telah percaya berita songsang itu. Kalau kita nak bawa 40,000 pengundi hantu, kita perlukan 1,000 jumbo kerana satu pesawat jumbo muat 400 penumpang,” katanya.

Kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis tersebut. Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Najib kemudian menunaikan solat Isyak dan sunat Tarawih di Masjid Raja Muda Musa Semenyih.

Rosmah turut menyertai jemaah di masjid itu.

Selepas itu, Najib beramah mesra dengan anggota-anggota kariah dan jemaah sambil menikmati jamuan moreh.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...