Anak saudara penyerang Sabah, meninggal di hospital selepas kemalangan jalanraya

Anak saudara penyerang Sabah, meninggal di hospital selepas kemalangan jalanraya

Awangku Mohd Faris 1

KOTA KINABALU: Awangku Mohd Faris Mahamud, 21, anak saudara kepada penyerang Sabah, Rozaimi Abd Rahman, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) di sini, sebentar tadi.

Allahyarham yang juga bekas pemain tengah skuad Piala Presiden Sabah meninggal dunia pada jam 8.37 malam tadi.

Beliau mengalami kecederaan parah di kepala selepas terbabit dalam nahas jalan raya bersama Rozaimi, 23, di Jalan Tuaran di sini pada jam 1 tengah hari tadi.

Rozaimi pula dilaporkan stabil dan sudah dipindahkan ke Hospital KPJ Sabah untuk rawatan susulan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, mengesahkannya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Awangku Mohd Faris 2

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami