BERITA1MDBMesyuarat kabinet lancar - Rahman Dahlan

Mesyuarat kabinet lancar – Rahman Dahlan

rahman-dahlan-cabinet-meetingMesyuarat Kabinet berjalan lancar Pentadbiran negara berjalan seperti biasa.

Itulah usikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan di Twitternya.

Ia ditweet selepas beliau menghadiri mesyuarat jemaah menteri, di Putrajaya, Rabu.

Sebelum itu beliau turut menerbitkan satu lagi kenyataan di twitter miliknya, berbunyi jangan biarkan imaginasi anda bertindak liar.

Twitternya turut mengepilkan sekeping gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berucap.

Tambahnya lagi dalam tweetnya, para wartawan hanya mengikuti program Felo Perdana, tidak ada apa-apa pengumuman yang mengejutkan.

Twit beliau itu turut diulang terbit oleh pengikutnya di laman sosial itu.

Berita itu tentunya mengecewakan sesetengah pihak yang mengharapkan berita tergempar dilaporkan ditwitternya berhubung perkembangan politik tanah air.


 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Peguam Dakwa Bekas CEO 1MDB Mengaku Kelirukan Mahkamah dan Reka Minit Mesyuarat Bersama Jho Low

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami