UtamaRamadan Mengajar Rakyat Tentang...

Ramadan Mengajar Rakyat Tentang Ketahanan Diri – Najib #RamadhanMoments - pakdin.my

najib-nuzul-quran

Ramadan adalah bulan umat Islam belajar tentang ketahanan diri dan pembinaan sikap, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dalam menahan kelaparan, kita belajar untuk tidak tunduk kepada kerakusan. Dalam menahan dahaga, kita belajar untuk menahan kemarahan kita.

“Dalam keletihan, kita belajar untuk melaluinya bagi mendapat ganjaran yang lebih besar untuk menyempurnakan satu daripada rukun Islam,” katanya dalam entri beliau di dalam blognya www.najibrazak.com.

Beliau berkata kepada ramai kanak-kanak Islam, bulan puasa itu akan menjadi pengalaman pertama mereka berhubung konsep ketahanan diri.

Katanya melalui konsep itulah, sikap seseorang itu dibentuk dan semangat daya tahan dan kesungguhan itu yang akan mendorong seseorang mencapai tahap yang lebih tinggi.

Najib berkata, bagi beliau, Ramadan adalah masa untuk beribadat, berpuasa dan meningkatkan aspek kerohanian.

Beliau berkata semasa bulan mulia inilah “kita meluangkan masa untuk bermuhasabah”.

“Detik-detik seperti inilah saya sentiasa mendapati diri saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Ramadan memberikan kita peluang untuk mempamerkan semangat sebenar Islam dan 1Malaysia.

“Dalam bulan inilah kita perhatikan paparan hebat semangat rakyat Malaysia dalam bentuk bazar-bazar Ramadan di mana kita melihat kepelbagaian yang tidak berkesudahan dalam makanan dan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata dalam bulan ini, seseorang boleh melihat orang berkongsi makanan dan minuman di jalan raya atau di dalam pengangkutan awam apabila tiba waktu berbuka puasa, serta mendengar cerita orang bukan Islam bertimbang rasa bagi orang Islam untuk berbuka puasa terlebih dahulu.

Tambahnya, keakraban ini juga satu peringatan berhubung gambaran terbaik mengenai diri sendiri tentang apa yang dicita-citakan.

Perdana Menteri juga menyeru rakyat supaya sentiasa mengingati mereka yang memerlukan di bulan yang mulia ini, dan menggalakkan umat Islam menjadi dermawan kepada yang memerlukan jika mereka mampu berbuat demikian.

“Bersama-sama, kita memikul tanggungjawab untuk mencuba sebaik mungkin agar kita boleh memastikan bahawa tidak ada individu akan dibiarkan kelaparan di negara ini yang dikenali kerana kepelbagaian makanan dan barangan, jiwa yang pemurah,” katanya.

Najib turut berkongsi kesedihan dengan orang Islam yang telah mengalami dan pulih daripada tragedi, seperti gempa bumi dan banjir di Sabah baru-baru ini.

“Keberanian dan ketabahan mangsa terus memberi inspirasi kepada kita dan ia satu peringatan bagi kita untuk tidak mengambil mudah sebarang perkara.

“Saya berharap restu dan rahmat Allah akan memudahkan perjalanan kita untuk sepanjang tahun ini,” katanya.

 


 

Ramadhan Mubarak

Ramadhan to me, is a time for prayer, fasting and spiritual growth. It is during this holy month that we make time to sit down quietly and reflect upon ourselves. It is during such moments that I always find myself filled with pride to be Malaysian.

Ramadhan provides us an opportunity to display the true spirit of Islam and 1Malaysia.

At the sound of Azan, we see our brothers and sisters sharing food and drinks in traffic or on public transportations. We hear many touching stories of non-Muslims giving thoughtful courtesies for Muslims to break their fasts first.

We see our neighbours as we walk together towards the mosque for tarawih and we spend more time with our families as we dine together for sahur and buka puasa.

It is in this month that we observe the greatest display of the Malaysian spirit in the form of the Ramadhan bazaars where we see endless diversity in food and the people. The camaraderie of the fasting month serves as a reminder to us of the best version of ourselves that we aspire to be.

The month of Ramadhan is also about resilience. In our hunger, we learn not to succumb to gluttony. In our thirst, we learn to hold back our anger. In our tiredness, we learn to push through the day for the greater reward of accomplishing one of the rukun Islam.

To many Muslim children, the fasting month would be their first encounter with the concept of resilience. It is from here that our characters are built. It is this spirit of resilience and determination that will push us all to greater heights.

In our joyous and festive mood, we must always remember the ones who are in need. As Muslims, we are always encouraged to give generously to the needy if you are in the position to do so.

I call on my brothers and sisters to give generously in this holy month. Together, we bear the responsibility to try as best as we can to ensure that no individual will be left hungry in this country that is known for its diverse array of food and kind, charitable souls.

I am deeply sorry that some of our brothers and sisters had to welcome Ramadhan while recovering from tragedies. The tragedy of the Sabah earthquake and the floods have left the country in sadness. Their bravery and perseverance continue to inspire us and it serves as a reminder for us to not take anything for granted.

I hope the blessings and the grace of Allah will ease our journey for the rest of the year.

Ramadhan mubarak.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...