Misteri wanita hanya memakai coli dalam longkang

wanita-bercoli-dalam-longkang-penampang-2

Penampang: Seorang wanita berusia 20-an ditemui terbaring dalam keadaan hanya memakai coli di dalam longkang di Jalan Bundusan berhampiran Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), di sini, tengah hari tadi.

Mangsa ditemui oleh seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran lokasi kejadian pada 12 tengah hari.

Menurut sumber, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, lelaki itu dikatakan tiba-tiba ternampak seorang wanita dalam keadaan hanya memakai coli terbaring di dalam longkang.

“Ketika itu, dia menyangka wanita terbabit sudah meninggal dunia namun terkejut apabila melihat wanita itu bergerak sebelum menghubungi polis,” katanya di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobdin ketika dihubungi mengesakan menerima laporan mengenai penemuan wanita terbabit.

“Mangsa kini dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut kerana cedera di tubuh.

wanita-bercoli-dalam-longkang-penampang

“Polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu sama ada wanita itu mangsa jenayah atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, petang tadi.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...