1MDB: Peguam Negara nafi gunapakai maklumat WSJ - pakdin.my

1mdb-sasatan-petugas-khas

Tidak timbul isu Peguam Negara menggunapakai dokumen yang diterbitkan oleh Wall Street Journal (WSJ) mahupun lain-lain.

Kenyataan Tan Sri Abdul Gani Patail menekankan bahawa segala dokumen siasatan yang diterima beliau adalah disalurkan menerusi Pasukan Penyiasat Khas.

Dalam pada itu, pasukan siasatan lapangan yang menyerbu pejabat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Rabu berjaya memperolehi bahan-bahan yang diperlukan untuk siasatan.

Antaranya termasuk minit mesyuarat Lembaga Pegarah 1MDB, buku minit, penyata akaun dan butiran bank yang lain, penyata rekonsiliasi, buku besar akaun, perjanjian urusan perniagaan dan pelaburan serta fail-fail aktiviti tanggungjawab sosial syarikat itu.

Pasukan itu yang sejak jam 9.40 pagi melakukan carian di pejabat 1MDB sehingga jam 6.45 petang turut merampas beberapa komputer riba.

Berhubung arahan pembekuan enam akaun bank yang dikeluarkan pada 6 Julai, Gani berkata bahawa tiada akaun bank AmBank Islamic yang dipunyai Perdana Menteri pada tempoh tersebut dibekukan.

Ia kerana, akaun bank terbabit telah pun ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015 dan Pasukan Penyiasat Khas sudah memiliki dokumen bank mengenai akaun terbabit.

Kenyataan turut diakui Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohammed

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Peguam Negara nafi gunapakai maklumat WSJ

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium