Iskandar: PM saksikan enam MoU, pelaburan komited terkumpul sebanyak RM172.5 bilion - pakdin.my

najib-mou-iskandar-malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan majlis menandatangani enam memorandum persefahaman (MoU) yang mewakili kerjasama ke arah pelaksanaan beberapa komponen di bawah Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia (CDP).

Kesemua MoU itu ditandatangani sejurus selepas Najib selesai mempengerusikan mesyuarat ahli-ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) kali ke-17 di Bangunan Perdana Putra di sini.

MoU itu melibatkan kerjasama ;

n IRDA dan Bank Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) dalam promosi pelaburan.

nIRDA, CMS Consortium Ecotour Sdn. Bhd (COSMOS) dan Medini Iskandar Malaysia Sdn. Bhd. dalam mobiliti pintar.

nIRDA, NEC Asia Pacific Pte Ltd. dan Applied Business Technologies (ABT) Sdn. Bhd. dalam keselamatan awam

nCountry Garden Pacific View Sdn. Bhd., Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Celcom Axiata Berhad dalam inisiatif bandar bestari.

nIRDA, AsureQuality Ltd. dan Haltex Pte Ltd. dalam inisiatif pembangunan ekosistem halal.

nIRDA, Biltmore (M) Sdn. Bhd. dan Haltex Pte Ltd. juga dalam inisiatif pembangunan ekosistem halal.

Setelah selesai acara menandatangani MoU, kesemua yang terlibat kemudian bertukar-tukar dokumen antara satu sama lain.

Majlis menandatangani MoU serta pertukaran dokumen perjanjian itu turut disaksikan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sementara itu, IRDA dalam ke­nyataannya mengumumkan bahawa Iskandar Malaysia kini telah mencatatkan jumlah pelaburan komited terkumpul sebanyak RM172.5 bilion iaitu dari tahun 2006 sehingga bulan lalu.

Menurut kenyataan itu, daripada jumlah tersebut, 50 peratus atau RM87.80 bilion yang mewakili pelaburan telah berjaya direalisasikan.

“Setakat ini, pelabur tempatan menyumbang RM105.03 bilion (61 peratus) kepada jumlah pelaburan komited terkumpul manakala baki RM67.48 bilion (39 peratus) disumbangkan oleh pelabur asing,” menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu turut memaklumkan dari Januari tahun ini hingga Jun lalu (enam bulan pertama), jumlah pelaburan komited yang diterima oleh Iskandar Malaysia adalah sebanyak RM14.38 bilion.

“Ini mencerminkan keyakinan pelabur yang semakin meningkat di Iskandar Malaysia kerana wilayah ini bergerak ke arah matlamat pembangunan jangka panjang,” kata Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim dalam kenyataan yang sama.

Selain itu, katanya, Iskandar Malaysia terus memberi penekanan kepada pembangunan mampan meliputi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, selain berperanan ke arah Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi selaras dengan objektif yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

UTAMAEKONOMIIskandar: PM saksikan enam MoU, pelaburan komited terkumpul sebanyak RM172.5 bilion

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium