Bina rumah kekal 
guna konsep IBS - Masalah tanah Di Kelantan melambatkan...

Bina rumah kekal 
guna konsep IBS – Masalah tanah Di Kelantan melambatkan pembinaan

“Tanah yang diberikan oleh ke­­ra­jaan negeri di Gua Musang mem­punyai masalah seperti jarak yang jauh dari jalan utama dan perlu melalui tanah milik Perbadanan Aset Kereta Api selain terletak di hutan atau bukit.

rumah-kekal-kelantan-kkr-1

MACHANG – Kerajaan Persekutuan me­rancang menggunakan konsep sistem binaan industri (IBS) untuk mempercepatkan tempoh pembinaan rumah kekal bagi mang­sa banjir khususnya di negeri ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sistem ter­sebut hanya mengambil masa antara 60 hingga 65 hari untuk menyiapkan sesebuah rumah berbanding cara konvensional iaitu sekitar 75 hari.

Bagaimanapun kata beliau, kon­sep pasang siap itu hanya akan diaplikasikan di negeri ini sekiranya projek percubaan untuk mangsa banjir di Pahang berjaya.

Bina rumah kekal 
guna konsep IBS – Masalah tanah Di Kelantan melambatkan pembinaan

“Kita perlu membuat percubaan terlebih dahulu untuk melihat ke­berkesanan sistem ini kerana dari segi kos pembinaan, jumlahnya masih sama.

“Cepat dan jimat masa (pem­binaan rumah kekal untuk mangsa banjir) jika konsep ini dapat dila­k­­­sanakan di negeri ini,” katanya selepas menghadiri taklimat ber­kenaan banjir di sini hari ini.

Kata Fadillah, Kerajaan Perse­ku­tuan sedang berusaha sedaya upaya menyiapkan pembinaan ru­mah kekal untuk mangsa banjir terutama di daerah Kuala Krai dan Gua Musang.

“Cabaran terbesar kita adalah di dua daerah tersebut kerana ber­kaitan dengan isu tanah. Sehingga kini, kita masih belum boleh mem­bina rumah untuk 810 keluarga kerana masalah berkenaan.

“Tanah yang diberikan oleh ke­­ra­jaan negeri di Gua Musang mem­punyai masalah seperti jarak yang jauh dari jalan utama dan perlu melalui tanah milik Perbadanan Aset Kereta Api selain terletak di hutan atau bukit.

“Kita hanya menyedari perkara ini selepas siasatan dibuat ter­­hadap tapak berkenaan, namun lang­­kah proaktif telah diambil untuk mempercepatkan projek pembinaan rumah kekal untuk mangsa banjir,” ujarnya.

Tambahnya, 41 buah rumah kekal telah berjaya dibina di negeri ini manakala 73 buah lagi dalam proses pembinaan.

Dalam perkembangan lain, ka­ta­nya, projek menaik taraf Jalan Pasir Puteh-Gong Kulim-Tok Bali akan memudahkan orang ramai kerana sebelum ini jalan raya tersebut ter­putus disebabkan pembinaan Te­rus­an Semerak.

“Projek merangkumi pembinaan jalan baharu sejauh 10 kilometer dan kerja menaik taraf dengan jarak 2.5 kilometer.

“Secara keseluruhannya, enam projek pembinaan lebuh raya dan jalan sedang dilaksanakan di negeri ini membabitkan kos RM550 juta,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Ahmad Zahid lancar skuad sukarelawan BN bantu mangsa bencana di Sabah

Liwat, amang seksual pelajar: Mudir madrasah direman seminggu lagi

90% kes rogol di Kelantan libat remaja bawah umur, atas dasar rela

Hud Aryan ditemukan selepas laungan azan di sungai

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami