Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaEDITORIAL1MDB1MDB: Muhyiddin Yakin Pasukan...

1MDB: Muhyiddin Yakin Pasukan Petugas Khas Telus Dan Adil - pakdin.my

1mdb-sasatan-petugas-khas

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan keyakinan pasukan petugas khas yang dibentuk bagi menyiasat segala tohmahan dan tuduhan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini, akan melakukan siasatan secara telus dan adil.

Beliau berkata semua pihak perlu yakin bahawa pembentukan pasukan petugas khas itu adalah untuk mencari kebenaran, sama ada segala tuduhan terhadap 1MDB itu benar atau sebaliknya.

“Saya menyokong penuh pasukan penyiasat yang dibentuk ini dan saya bersetuju perkara (siasatan) ini perlu diselesaikan segera untuk memulihkan kembali keadaan yang meresahkan banyak pihak.

“Siasatan ini mesti telus dan mengikut lunas undang-undang yang siasatan tidak mengira sesiapa pun,” katanya ketika berucap pada Majlis Tadarus, Khatam Al-Quran dan Iftar UMNO Bahagian Pagoh di Masjid Jamek Kampung Hujung Tambak, Gersik, Ledang di sini, Sabtu.

Baru-baru ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilantik menganggotai pembentukan pasukan petugas khas itu untuk menyiasat dakwaan mengenai 1MDB.

Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata pasukan petugas khas itu ditubuhkan bukan untuk mencari kesalahan sesiapa, sebaliknya akan melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap segala tuduhan yang dilemparkan.

“Sempena bulan Ramadan ini, berdoalah kepada Allah SWT agar semuanya akan kembali pulih dan biarlah pasukan penyiasat ini melakukan tugas mereka dengan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata selagi isu yang membelenggu 1MDB itu tidak diselesaikan segera, ia juga akan menjejaskan pandangan masyarakat antarabangsa terhadap kepimpinan negara.

Muhyiddin berkata pada masa ini, masyarakat antarabangsa melihat dengan teliti apa yang berlaku dan sebab itu, kepercayaan mereka terhadap negara perlu dipulihkan.

“Paling penting kita juga mahukan keyakinan rakyat terhadap negara dan pemimpin termasuk keyakinan mereka terhadap Barisan Nasional (BN) terus utuh apatah lagi tidak lama lagi Pilihan Raya Umum Ke-14 akan diadakan,” katanya.

Beliau berkata sudah semestinya semua pihak mahukan kesudahan yang baik terhadap kemelut yang berlaku kerana jika tidak, ia juga akan menjejaskan pandangan masyarakat terhadap pemimpin dan negara.

Katanya menjadi keazaman setiap pemimpin untuk membawa negara ke era yang lebih kukuh dan rakyatnya lebih berjaya.

Muhyiddin juga berkata beliau sendiri banyak ditanya mengenai keadaan yan berlaku dalam negara, dan pada masa yang sama meminta rakyat mendoakan yang terbaik agar negara tidak terjerumus dalam keadaan yang kacau-bilau.

“Sebagai pemimpin, yang paling penting mahu menjaga kebajikan ummah dan perlu kembali kepada landasan Islam untuk berjaya.

“Malaysia tidak seperti negara Islam lain, Sejak selepas Merdeka, rakyat hidup makmur dan keadaan itu perlu kita teruskan sampai bila-bila,” katanya.

Muhyiddin juga berkata segala dugaan yang berlaku dalam negara seperti nahas MH17, kehilangan MH370 dan gempa bumi di Sabah baru-baru ini, ada rahmat di sebalik apa yang berlaku itu. -Bernama

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883