Bot Karam: Mangsa Terakhir Ditemui Pukul 2.58 Petang Ahad - pakdin.my

bot-karam-tanjung-karang-sar2

TANJONG KARANG: Mayat mangsa ketujuh kejadian bot karam kira-kira dua batu nautika dari pantai Bagan Sungai Kajang di sini Khamis lepas, dijumpai pukul 2.58 petang Ahad.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata, mayat mangsa terakhir tragedi itu yang dikenal pasti sebagai G. Ravi Shankar, 25, ditemui di persisiran pantai Parit 4, Sekinchan dekat sini.

“Mayat mangsa dijumpai oleh pasukan penyelamat, terdampar di celah-celah pokok bakau di pantai berkenaan, kira-kira lapan batu nautika daripada lokasi kapal dilaporkan karam.

“Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Tanjong Karang dan operasi mencari ditamatkan pada pukul 4 petang ini,” katanya.

Bot itu, yang dinaiki 14 orang terdiri daripada sembilan anggota keluarga dan lima pekerja bot, berlepas dari jeti nelayan Sungai Kajang pada 3 petang bagi melakukan upacara membuang abu mayat.

Bot itu dikatakan bocor dan kesemua mangsa saling menimba air sebelum ia dilapor karam semasa dalam perjalanan pulang kira-kira dua jam kemudian.

Selain Ravi Shankar, enam mayat ditemui setakat ini dikenal pasti sebagai A.Parianathan, 30, yang berasal dari Taman Aman Sekinchan, Selangor, A. Muniamah,49; K. Logaraj, 29; M. Gnaswdree, 59; G. Jaya Sangari, 27 dan M. Kunasegaran,57, kesemuanya berasal dari Sungai Buloh, Selangor.

Tujuh lagi yang terselamat ialah P. Alumalai, M. Sugamaran, V. Nagaswari, N.Sanmugan, C. Sabtayan, C. Sundraja dan S. Partiven.

Mereka diselamatkan oleh nelayan tempatan.

UTAMAPOLITIKBot Karam: Mangsa Terakhir Ditemui Pukul 2.58 Petang Ahad

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium