BERITA1MDBTwitter Abdul Rahman Dahlan vs The Edge: Saya bukan lahir semalam

Twitter Abdul Rahman Dahlan vs The Edge: Saya bukan lahir semalam

rahman-dahlan-the-edge-twitter

Datuk Abdul Rahman Dahlan menggunakan Twitter untuk mengecam Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group, Ho Kay Tat berhubung laporan disiarkan mereka mengenai 1MDB.

“Kata The Edge ini bukan politik. Maafkan saya. Saya bukan baru lahir semalam. Jangan merendah-rendahkan,” tulisnya di Twitter hari ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, The Edge tidak ragu-ragu “menyertai pembangkang” berbanding bersikap berkecuali.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik BN itu mendakwa, The Edge juga mengaku memperoleh maklumat curi daripada bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI), Xavier Andre Justo.

“Akhirnya The Edge mengaku mereka mendapat data curi daripada Justo! Bagaimana agaknya jika (pihak berkuasa) Thailand tidak menangkap Justo, adakan mereka akan mengakuinya?” tulis Abdul Rahman lagi.

Dalam kenyataannya, Ho berkata The Edge dimaklumkan “seseorang” bersedia berkongsi maklumat mengenai kerjasama 1MDB dengan PSI pada awal tahun ini.

“Kami tidak dimaklumkan siapa dia (Justo) sebelum bertemu dengannya.

“Orang ini – yang tidak akan kami namakan – menunjukkan kepada kami beribu-ribu emel dan dokumen lampiran.

“Kami membaca sebahagian daripadanya dan yakin kesahihan dokumen berkenaan kerana jumlah dan jejaknya. Kami kemudian mendapatkan pengesahan pakar IT (teknologi maklumat) bahawa tiada sebab untuk bimbang ia adalah palsu,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Peguam Dakwa Bekas CEO 1MDB Mengaku Kelirukan Mahkamah dan Reka Minit Mesyuarat Bersama Jho Low

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami