BERITA1MDB1MDB: Bank Negara cari dua individu bantu siasatan

1MDB: Bank Negara cari dua individu bantu siasatan

1mdb-BNM-wanted

Bank Negara Malaysia (BNM) sedang menjejaki dua individu untuk membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Menerusi laman Facebook hari ini, BNM turut memuat naik dua gambar individu berkenaan iaitu, Casey Tang Keng Chee, 50, dan Jasmine Loo Ai Swan, 42, serta alamat kedua-dua mereka.

Tang dipercayai adalah antara perintis kepada penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), yang kemudiannya menjadi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau juga dipercayai salah seorang yang berada dalam kumpulan TIA pada awal penubuhannya bersama bekas Pengarah Urusan 1MDB, Datuk Shahrol Azral Halmi.

Loo pula dilaporkan mula menyertai 1MDB pada 2011 bagi menggantikan Tang.

BNM dalam kenyataan di Facebook itu turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu berkenaan supaya menghubungi mereka di talian 03-26988044 ext 8554/7610 atau membuat laporan di balai polis berhampiran.

Bank pusat itu bagaimanapun menjelaskan tidak menawarkan ganjaran untuk maklumat yang disalurkan mengenai individu berkenaan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Peguam Dakwa Bekas CEO 1MDB Mengaku Kelirukan Mahkamah dan Reka Minit Mesyuarat Bersama Jho Low

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami