UtamaEDITORIAL1MDB1MDB - Terus bertahan...

1MDB – Terus bertahan harungi badai - pakdin.my

mulia-group-trx

Walaupun pelbagai kritikan dan tumpuan berkisar kepada isu-isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kerja-kerja terus berjalan di tapak Tun Razak Exchange (TRX).

Begitu juga dengan proses korporat bagi Edra Global Energy serta minat pelabur yang diterima terhadap projek Bandar Malaysia.

Apa yang diharapkan nanti, hasilnya adalah ketiga-tiga syarikat ini berjaya berdiri sendiri dengan autonomi penuh serta kawalan terhadap operasi dan prestasi kewangan mereka.

Akhir-akhir ini, banyak diperkatakan mengenai 1MDB, syarikat pembangunan strategik yang ditubuhkan untuk memacu pembangunan ekonomi mapan dengan menjalinkan kerjasama global strategik.

Mengenai dakwaan terhadap syarikat itu, kita biarkan saja penyiasat melakukan tugas mereka. Namun apa yang diperhatikan, 1MDB mempunyai kekuatan untuk keluar daripada kemelut semasa, malah lebih kukuh daripada apa yang disangka ramai.

1MDB mengambil beberapa langkah konkrit untuk mengurangkan hutang dan memastikan nilai maksimum dihasilkan sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi yang berjalan dengan baik.

Selepas majlis menandatangani perjanjian usaha sama dengan Lend Lease dari Australia untuk membangunkan 6.87 hektar daripada 28 hektar di TRX, terdapat banyak kerja-kerja fizikal dijalankan di tapak berkenaan.

Lend Lease bukan peserta baharu dalam industri. Ia adalah kumpulan hartanah antarabangsa yang terkenal dan telah bekerja di projek utama di Malaysia – Menara Kembar Petronas, Setia Mall City dan Pinewood Iskandar Malaysia Studios.

Ketua Pegawai Eksekutif bagi Asia, Rod Leaver telah berkata semasa majlis menandatangani perjanjian itu pada Mac bahawa firma itu melaksanakan penilaian dan kajian daya maju sendiri sebelum memulakan projek dan amat komited kepada TRX.

Firma itu juga berminat untuk mengembangkan kehadirannya di sini dan membawa masuk lebih banyak pelabur, katanya.

TRX, yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion akan menjadi antara pembangunan terbesar dalam portfolio semasa projek global Lend Lease, yang ia mempunyai perkongsian 60 peratus dalam projek Lifestyle Quarter dengan pemaju induk TRX, 1MDB Real Estate.

Pembabitan peserta hartanah dengan kedudukan sedemikian membuktikan potensi projek itu.

Bandar Malaysia pula, mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM150 bilion. Ia membabitkan pembangunan bandar kegunaan bercampur seluas 200 hektar, akan menjadi penanda aras bagi komuniti bandar mapan di rantau ini.

Pembangunan itu akan berfungsi sebagai pintu masuk Kuala Lumpur kepada rel kelajuan tinggi ke Singapura dan, dengan dua laluan transit aliran massa di lokasi, akan menjadi hab pengangkutan utama di bandar raya.

Perunding hartanah bebas 1MDB, CH Williams Talhar and Wong, turut mengumumkansudah menerima pernyataan minat daripada lebih 40 pihak tempatan dan luar negara untuk menjadi rakan pembangunan bagi Bandar Malaysia.

Sementara itu, penjanaan wang aset tenaganya di bawah Edra Global Energy juga rancak, bukan saja menarik pelabur domestik tetapi pelabur asing berpotensi.

Antaranya, Tenaga Nasional Bhd yang baru-baru ini mengumumkan minat memperoleh aset berkenaan.

Mengikut laporan baru-baru ini, pihak-pihak berminat termasuk YTL Power, Malakoff, IJM Corp dan Sembcorp Industries dari Singapura.

Walaupun terdapat minat yang banyak, 1MDB tidak menetapkan tempoh bila aset berkenaan akan dijual, kerana syarikat itu mahu memastikan ia memperoleh nilai maksimum bagi pemegang saham 100 peratusnya, Kementerian Kewangan.

Bagi aset yang lain, pada 30 Jun 2015, 1MDB mengumumkan hasrat untuk melantik perunding hartanah bebas untuk membantu meneliti minat yang diterima bagi tanah syarikat itu di Air Itam, Pulau Pinang dan Pulau Indah.

Dengan sebahagian besar perniagaannya masih aktif, syarikat itu juga sedar dan terus komited dalam menangani obligasi kewangannya.

Antara lain, syarikat sudah menyelesaikan pembayaran balik pinjaman AS$975 juta (kira-kira RM3.6 bilion) pada 8 Jun 2015, berdasarkan perjanjian dengan International Petroleum Oil Co (IPIC), yang akhirnya akan mengurangkan kira-kira RM16 bilion hutang 1MDB.

Tiada bayaran balik pinjaman utama yang perlu dibayar dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, dengan tekanan awam, segala persepsi yang 1MDB perlu hadapi, tidak hairanlah ia menjadi tugas sukar untuk mengemudi syarikat.

Untuk berlaku adil, tidak ada syarikat atau organisasi mampu menyusun semula perniagaan dalam sekelip mata.

Tetapi dengan kemajuan yang dicapai setakat ini, 1MDB yakin dapat mengurangkan hutangnya dengan banyak dan memastikan kemapanan jangka panjang tiga aset terasnya — TRX, Bandar Malaysia dan Edra Global Energy.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...

[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh

TAIPEI: Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter yang menggegarkan tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan sebuah kedai serbaneka runtuh. Setakat...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas,...

[VIDEO] “Sikit jer lagi” : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji...

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak...

[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam

Kerana setiap rakyat (tidak kira apa warna politiknya) berhak mendapat keadilan secara saksama. Inilah UMNO-BN, koalisi politik berprinsip dan akan terus teguh mempertahan dan mendaulatkan...

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya...

[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : “Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!”

https://youtu.be/Tq0IaeIDlLs Apapun kami percaya penganalisis sohor dari Universiti Malaya, Dr. Tawfik Yaakub ini menegur PAS dengan penuh kasih sayang walaupun nadanya keras. Jika melihat kepada siri-siri...